Ahad, 1 September 2024

Orang Jual Orang - Polis Buka Kertas Siasatan.

 


P. Ramlee dalam filem 3 abdul dah bagi tau lama dah...! 'niaga orang lebih untung dari jual unta' yee haa..! 

Pemerdagangan orang: Saifuddin beri kepercayaan penuh siasatan polis

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan keyakinan penuh berhubung siasatan polis terhadap seorang bekas timbalan menteri dan individu lain yang didakwa terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa.

Bernama memetik Saifuddin sebagai berkata, polis telah membuka kertas siasatan terhadap ahli politik berkenaan susulan laporan media asing bulan lepas.

“Polis sudah membuka kertas siasatan dan saya letak sepenuh kepercayaan terhadap profesionalisme polis apabila mereka sudah buka fail tentang perkara itu," katanya kepada pemberita di Kuala Nerus hari ini.

Saifuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelak sebarang spekulasi. 

Khamis lalu, sebuah NGO di Myanmar yang mendedahkan dakwaan sindiket pemerdagangan manusia itu menyambut baik laporan awal yang memetik Ketua Polis Negara, Razarudin Husain mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan sejak Julai.

baca lanjut

Jawab la di mahkamah siapa yang terlibat yer...nanti kat akhirat pun kena jawab jugak tu, betul tak ustazah?

Siapa ustazah? Lu Fikir La Sendiri..!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan