Memaparkan catatan dengan label 1.5 juta pendatang bangladesh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1.5 juta pendatang bangladesh. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Februari 2016

Pemimpin UMNO Mula Persoal 1.5 Juta Pendatang Bangladesh..!


Alhamdulilah..akhirnya ada juga pemimpin tertinggi UMNO yang mula meyuarakan keresahan rakyat terbanyak yang gusar dengan isu 1.5 Juta pendatang Bangladesh..! Apa yang dibangkitkan oleh Khaled juga sebenarnya hangat diperbualkan oleh rata rata pemimpin parti namun nampaknya keberanian mereka seperti di'renggut' yang rakyat semua boleh meneka akan puncanya..!

Jangan pulak keberanian dan keikhlasan Khaled dalam memperjuangkan isu rakyat ini nanti dijadikan bahan oleh penjilat untuk membakulkan Khaled sebagai penentang Putrajaya..!

Hakikatnya kalau Putrajaya tidak berhati hati dalam isu ini...ianya bakal menambah garam keatas luka yang sedang bernanah membusuk ditubuh badan pemimpin UMNO dan BN di Putrajaya sekarang ini..!

Apa yang dibangkitkan wajar..!

Johor tidak menentang keputusan kerajaan Persekutuan untuk membawa 1.5 juta pekerja warga Bangladesh sekiranya mereka tidak menimbulkan masalah sosio-ekonomi.
Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata maklum balas daripada penduduk setempat menunjukkan mereka kurang senang dengan kehadiran terlalu ramai pekerja asing sama ada masuk ke dalam negara secara sah ataupun haram di negara ini.
Menurut beliau, Pasir Gudang merupakan contoh terbaik dengan tumpuan besar pekerja asing berikutan status daerah tersebut sebagai pusat perindustrian dengan kewujudan beratus-ratus kilang.
"Mereka telah menimbulkan isu sosial di daerah ini dan kita boleh belajar daripada apa yang berlaku di Singapura dan perlu mengawalnya sebelum menjadi satu masalah besar," katanya selepas merasmikan Persatuan Kelab Basikal Pasir Gudang di Kampung Sungai Ranting di sini, Sabtu.
Khaled berkata garis panduan yang boleh dikenakan terhadap majikan dan pekerja asing termasuk mempunyai tempat penginapan yang sesuai untuk pekerja asing yang harus mempunyai kelayakan minimum.
"Penduduk tempatan perlu lulus sekurang-kurangnya SPM untuk bekerja di kilang dan pekerja asing pula harus mempunyai kelayakan yang sama sebelum diambil bekerja," katanya.
Beliau berkata majikan juga perlu menyediakan asrama dan bilik penginapan untuk pekerja asing mereka dan bukannya menyewa rumah yang didiami 10 hingga 20 pekerja.
Jelas Khaled lagi jika majikan gagal memenuhi syarat yang ditetapkan, pihak berkuasa tidak boleh meluluskan permohonan mereka untuk membawa masuk pekerja asing atau memperbaharui permit kerja mereka.
Beliau berkata terdapat kes di mana pekerja asing di Pasir Gudang terlibat dalam pergaduhan dan jika tidak dibendung, ia akan bertukar tragedi seperti insiden di Little India, Singapura.
Putrajaya jangan mengambil mudah dan buat tak kesah dengan isu besar sebegini kerana sebenarnya tindak tanduk Putrajaya hari ini lebih menyebabkan rakyat sendiri membakul sampahkan mereka dan cuma menanti masa menunggu lori sampah datang (PRU14) untuk di humban ke dalamnya..!
Apa pun bau hanyir dah kuat membusuk..!
Pun..masih tersengih sengih?
Lu FIkir La Sendiri!!!