Hakikatnya 1MDB ni bermasaalah dan memberi masaalah..! Itu jelas..!
Soalnya siapa yang mencipta masaalah (1MDB)? Menteri ni lupa ke siapa yang berkuasa didalam 1MDB?
Siapa yang mempunyai kuasa dibawah artikel 117? Makcik di Lurah Bilut pun tahu..!
Tanya Menteri ni siapa yang berani 'langgar' semua Ahli Lembaga Pengarah kalau tidak 'dipayungi' oleh orang yang lebih berkuasa dikalangan mereka?
Tanya Menteri ni siapa yang boleh, mampu dan meyakinkan kabinet jika ianya tidak mendapat 'perkenan' dari orang yang cukup berkuasa?
Tanya Menteri ni bagaimana Jho Low boleh terlibat sejak awal lagi didalam urusan didalam TIA?
Tanya Menteri ni siapa yang mempunyai hubungan 'akrab' dengan Jho Low?
Siapa pula yang melantik barisan pengurusan?
Menyalahkan pengurusan tidak menutup pekung yang membusuk di muka..!
Menteri ni tak perlu berlakon dengan membuat pelbagai kenyataan yang se erti dengan mangkuk hayun..!
Kenyataan sebegini akan menyebabkan rakyat melihat semakin banyak mangkuk berhayun hayun di kalangan anggota kabinet..!
Inilah bahananya jika cuba menutup bangkai badak dengan selipar jepun..!
Memang nampak mangkuk hayun bertingkat tingkat la jawabnya..!
Ketua mangkuk hayun siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!


