Itu sebab semua yang di atas tu berhenti..!
Itu sebab juga yang dibawah ni masih menghilangkan diri dan tidak pulak dibawa ke muka pengadilan...!
Itu sebab juga surat GBN kepada PAC di klasifikasikan sebagai OSA..!
Semuanya kerana takde kaitan pun dengan kerajaan..!
Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak menanggung sebarang hutang atau bayaran faedah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya syarikat itu jatuh bankrap.
Perdana Menteri berkata, hanya pinjaman bernilai RM5.8 bilion sahaja yang menerima 'jaminan jelas' kerajaan Malaysia. "1MDB tidak menerima jaminan dari kerajaan bagi pinjaman lain.
"Sepertimana syarikat lain yang tertakluk di bawah Akta Syarikat, 1MDB juga mempunyai liabiliti terhad dan selain daripada pinjaman atau bon yang menerima jaminan kerajaan, hal kewangan 1MDB tidak termasuk dalam kiraan kontinjen liabiliti kerajaan. Keadaan kewangan syarikat adalah tanggungan syarikat itu sendiri," katanya.
Rakyat tentunya jauh lebih bodo dari pemimpin..! Rakyat tentunya lebih dungu dalam hal hal yang melibatkan kewangan..lebih lagi apabila ianya melibatkan wang berjumlah berbilion bilion..!
Jadi, rakyat kena percaya dan yakin ajer la..! Segala tindak tanduk yang dibuat seperti memecat, menggantung, membubar..! menukar..! menutup dan yang sewaktu dengannya sebelum ini merupakan qada dan qadar yang harus rakyat terima..! Maka imani ajer la apa yang dikata oleh pemimpin negara ni..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!

