Memaparkan catatan dengan label Derma rasuah najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Derma rasuah najib. Papar semua catatan

Isnin, 19 Oktober 2015

2600 Juta - Derma Ke Rasuah?

Layan...

Penilaian terperinci berasaskan tiga aspek rasuah iaitu pemberi dan penerima, suapan serta balasan akan menentukan sepenuhnya status dana RM2.6 bilion.

Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, kes berkenaan tentunya masih belum dapat dilengkapkan tanpa tiga aspek pengesahan itu.

“Jika ada ketiga-tiganya baru ia boleh dikatakan rasuah, sama ada nak dakwa pemberi atau penerima.

“Ikut cakap-cakap orang ramai, penerimanya adalah Perdana Menteri, tetapi siapa pemberinya, sebab itu kita perlu cari kerana dia akan jadi saksi utama, tetapi kedudukannya di luar negara sudah tentu akan melambatkan proses siasatan,” katanya, lapor mStar Online.

Tambah beliau lagi, hanya keterangan daripada pemberi dana yang boleh menentukan status kes tersebut, misalnya tujuan dana itu diberi.

“Jika pemberi itu mengakui dia salurkan dana itu sebagai derma untuk buat surau atau masjid seluruh Malaysia, jadi bermakna ia bukan rasuah.

“Tetapi, kalau pemberi kata wang berkenaan memang untuk pembinaan surau atau masjid tetapi dia juga terima balasan daripada bantuan itu, barulah ada unsur rasuah,” katanya.

this HTML class. Value is http://www.freemalay

Lu Fikir La Sendiri!!!