Memaparkan catatan dengan label adnan satem prn sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adnan satem prn sarawak. Papar semua catatan

Isnin, 11 April 2016

PRN Sarawak ~ Faktor Adnan Penentu..!


Tidak dapat dinafikan bahawa aura CM Sarawak begitu kuat dihati rakyat Sarawak..! Sejak mengambil alih pucuk pimpinan negeri keyakinan pengundi terhadap Adnan semakin meningkat..! Malah ada sahabat yang mengutarakan agar pemimpin dari Semenanjung memperlahankan lawatan sepanjang PRN berlangsung..!

Kenapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Adenan yakin BN menang 60-70 kerusi

SRI AMAN - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak akan memenangi sekurang-kurangnya 60 hingga 70 kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi BN negeri itu berkata dengan barisan sedia ada dalam 'Pasukan Adenan', kerajaan negeri yang ada sekarang akan terus berkuasa pada penggal akan datang.

"Selepas menjelajah Sarawak (melalui Program Sejiwa Senada), ada harapan untuk BN. Mungkin bukan kesemua 82 kerusi, tetapi sekurang-kurangnya kita mungkin boleh menang 
60 hingga 70 kerusi.

"Asalkan kita bersatu," katanya di hadapan orang ramai yang membanjiri majlis pelancaran 

'Program Sejiwa Senada' anjuran kerajaan negeri dan agensinya di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu; Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala selebihnya dimenangi DAP (12), PKR (tiga) dan Bebas (satu).

Pada pilihan raya negeri ke-11 akan datang, 11 kerusi baharu turut menjadi rebutan 
berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun lepas, dan menjadikan jumlah kerusi yang dipertandingkan sebanyak 82.

Sebelum ini, Adenan mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April.

Pada majlis hari ini, Adenan mengumumkan Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP), yang juga Ketua Pemuda parti itu, Dr Johnical Rayong Ngipa sebagai calon langsung BN bagi kerusi Engkilili.

Beliau juga mengesahkan penyandang kerusi Lingga (Simoi Peri), Balai Ringin (Snowdan Lawan), Bukit Begunan (Datuk Mong Dagang), Simanggang (Datuk Francis Harden Hollis) dan Batang Ai (Malcom Mussen Lamoh) akan dikekalkan sebagai calon BN.

"Saya harap anda semua akan mengekalkan mereka sebagai sebahagian daripada pasukan saya iaitu Pasukan Adenan," katanya.

Ketika ditemui media kemudian, Johnical yang akan mempertahankan kerusi Engkilili bagi penggal ketiga, meminta semua pihak menghormati pengumuman rasmi Ketua Menteri mengenai pemilihan beliau sebagai calon BN.

"Saya berharap, setiap orang akan bekerjasama dengan saya bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar terutama memandangkan Ketua Menteri mahukan mandat lima tahun yang kukuh," katanya.

Program Sejiwa Senada pertama kali diadakan di Miri dari 8 hingga 10 Jan tahun ini, bertujuan memupuk hubungan lebih erat antara kerajaan dan rakyat melalui konsep turun padang.

Pelbagai acara disusun untuk mengisi program itu termasuk seminar pembangunan, ceramah, pertandingan sukan tradisional, demonstrasi masakan dan persembahan oleh artis popular. - Bernama

Ahad, 18 Oktober 2015

Kekal Adnan Di Sarawak..!


Rakyat Sarawak matang berpolitik..! Pemimpin di Sarawak juga tidak macam macam..! Adnan baru sebagai CM namun sudah lama dan amat berpengalaman didalam sepak terajang politik Sarawak..! Itu sebab white hair pilih beliau..!

Adnan perlu disokong..! Adnan perlu diberikan peluang untuk terus memimpin Sarawak didalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal muncul tidak berapa lama lagi..!

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata sejak beliau menjadi ketua menteri, beliau telah membuat 43 keputusan termasuk penghapusan tol.

Selain itu, katanya, beliau juga membuat keputusan berkaitan penurunan tarif elektrik dan tambang feri di negeri itu, lapor Bernama.
Selain itu, katanya beliau juga turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempercepat pembinaan lebuh raya Pan Borneo.
Beliau juga berharap syarikat kontraktor milik anak Sarawak diberi peluang dalam projek yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun itu.
"Saya juga meminta daripada perdana menteri supaya syarikat dari Sarawak diberi peluang untuk turut serta dalam projek petroleum dan gas," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu.
Adenan turut mengulangi seruan agar rakyat Sarawak memberinya peluang dan sokongan sepenggal lagi untuk beliau memimpin kerana masih banyak lagi perancangannya untuk Sarawak.
Beliau dilapor berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak 2015 di Kuching malam tadi.
Seorang pemimpin muda Sarawak bagi tahu..! Beliau berharap PRN diadakan segera kerana tak mahu demam yang melanda Semanjung berjangkit lebih teruk kepada rakyat di Sarawak..! Penat menahan ni..! kata beliau..!
Lu Fikir La Sendiri!!!