Memaparkan catatan dengan label ag bank negara 1mdb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ag bank negara 1mdb. Papar semua catatan

Rabu, 14 Oktober 2015

Jurucakap Baru 1MDB..?


Bukan main beriya iya lagi kalau menyentuh 1MDB..! Anak emas la katakan..! Tak gitu?

1MDB tidak boleh dipersalahkan terhadap sebarang dakwaan salah laku yang disiasat oleh Bank Negara jika bank pusat itu gagal mendapatkan penjelasan yang diperlukan, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"Jika Bank Negara Malaysia tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang diperlukan?" soal Apandi semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Jabatan Peguam Negara untuk menutup siasatan Bank Negara ke atas 1MDB mengikut Bahagian 1 (4) (b) Jadual Kelima Akta Kawalan Pertukaran Wang.
Menurut Apandi, Jabatan Peguam Negara tidak melihat sebarang keperluan untuk menyemak semula keputusannya itu.
Tambahnya, tidak ada kewajipan juga untuk 1MDB memberi maklumat kecuali diminta oleh Bank Negara sebelum itu, selain tidak ada bukti baru.
Nak mohon maklumat apa kalau maklumat asal yang diberikan kepada pihak Bank Negara pun disifatkan tak lengkap dan mengelirukan..! 
Sekarang dah jadi Bank Negara pulak salah..! dah jadi Bank Negara pulak yang tak reti buat kerja..! 
Dahsyat penangan 1MDB..! Itu sebab AG pun bertukau..!
Jadi kita boleh faham ler kalau si pendi ni berbuih buih mempertahan 1MDB..!
Lu FIkir La Sendiri!!!