Memaparkan catatan dengan label agong tun m deklarasi spr najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agong tun m deklarasi spr najib jahanam. Papar semua catatan

Khamis, 6 Oktober 2016

Agong Akui Perjuangan Tun M & Rakyat Malaysia..!


Seorang negarawan tetap negarawan..! Walaupun usahanya belum berjaya namun ia tidak bermakna ianya gagal dan berputus asa..!

Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mendedahkan butiran berhubung pertemuan empat matanya dengan Yang di-Pertuan Agong pada 15 September lalu tetapi mengakui bahawa beliau gagal untuk meyakinkan Seri Paduka.
Menjawab soalan mengenai pertemuan berkenaan, bekas perdana menteri itu berkata, Seri Paduka dan beliau berbincang panjang lebar apabila dirinya mengemukakan 1.2 juta tandatangan Deklarasi Rakyat yang menggesa tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Baginda menyoal saya mengenai peruntukan undang-undang. Pada akhirnya, saya tidak berjaya meyakinkannya ... Baginda tidak berkata apa-apa, baginda cuma berkata bahawa baginda belum bersedia," katanya kepada pemberita.
Mahathir enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dititahkan oleh Seri Paduka kerana pertemuan itu adalah sulit, tetapi mengulangi bahawa baginda tidak dapat memenuhi tuntutan mereka.
"Apa yang kita tuntut tidak dapat dilaksanakan ... mungkin baginda fikir dirinya tidak mempunyai kuasa," katanya.
Ditanya jika Yang di-Pertuan Agong ada menasihatkannys supaya menjaga tingkah-lakunya, Mahathir menjawab: "Tidak, tidak ada nasihat."
"Dia tidak beritahu saya untuk tutup mulut atau sesuatu seperti itu," katanya.
Mahathir juga mendakwa bahawa Seri Paduka tidak mempersoalkan kesahihan Deklarasi Rakyat itu dan tidak berkata bahawa ia adalah satu tindakan yang tidak mengikut perlembagaan.
Bekas perdana menteri itu juga menolak dakwaan Najib bahawa beliau bertindak di luar batasan undang-undang.
"Apa yang saya lakukan tidak salah, baginda tidak perlu hanya mendengar kepada PM sahaja. Tidak seperti apa yang Najib kata bahawa saya bertindak melampaui undang-undang ... Agong mempunyai hak untuk melantik PM... kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk memecat.
"Apa yang saya lakukan bukan di luar perlembagaan (persekutuan). Adalah jelas bahawa raja-raja mempunyai kuasa, sebab itu kami merayu kepada mereka.
"Malangnya, kami gagal mendapatkan jawapan positif tetapi kita perlu teruskannya," katanya.
Sambil menekankan bahawa raja-raja bertanggungjawab terhadap nasib rakyat, Mahathir mendedahkan bahawa salinan surat juga dihantar kepada semua Raja-raja Melayu supaya mempertimbangkan rayuan mereka untuk bertindak terhadap Najib.
"Kami mahu tahu pendapat Raja-raja mengenai 1MDB dan saman DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat),” katanya.
Lagi...
Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah dilabelkan sebagai rasis, kini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga seorang rasis.
"Dia memecah belahkan umat Islam daripada Islam dan Islam daripada bukan Islam.
"Pada mulanya dia tidak peduli tentang orang Melayu, tetapi hari ini menjadi rasis dan juga Islami, itu ditulis dalam The Economist, bukan (kata) saya," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Beliau mengulas kenyataan di blog Najib pada Jumaat lalu yang mendakwa seorang ‘pemimpin lama’ yang telah bersara memecah-belahkan umat Islam di negara ini.
Tidak jelas artikel Economist mana yang dirujuk oleh Mahathir, tetapi laporan April 2015 oleh majalah perniagaan itu berkata kerajaan menggalakkan PAS untuk melaksanakan hudud yang sekali gus "menyemarakkan perbezaan kaum dan agama."
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Dr Mahathir berkata pilihan raya akan datang akan berteraskan perkauman kerana "gerrymandering" beberapa kawasan pilihan raya.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menafikan tuduhan ini.
Ditanya sama ada helah sama digunakan semasa beliau adalah perdana menteri, Mahathir berkata ketika itu kawasan pilihan raya memberi perwakilan lebih besar kepada kawasan luar bandar.
"Pada masa saya, saya harus mengakui kami memberikan wajaran kepada kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar tidak diwakili dengan sewajarnya.
"Kami terpaksa mengimbangkan antara pengaruh kawasan bandar dan luar bandar," katanya.
Mengenai persiapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menghadapi pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata: "Bukan BERSATU seorang diri, tapi kita akan bekerjasama dengan parti lain yang merasakan bahawa kerajaan sedia ada perlu diganti."
Mahathir bagaimanapun berkata, beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Kamu tahu, saya sudah tua, ma... ma ..," katanya sambil berpura-pura gagap.
"Najib kata saya sudah lama. Dia tidak pernah memanggil saya Tun atau Dr M. Dia panggil saya orang tua," katanya.
Tun M pasti mempunyai jawapan bagi setiap persoalan..!
Tak macam orang tu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!