Katanya...
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilaporkan dalam keadaan stabil setelah mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Kedah Medical Centre (KMC), semalam.
Setiausaha Politik beliau, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin berkata, Ahmad Bashah kini sedang berehat sehingga kembali pulih sepenuhnya.
"Beliau keletihan dan berasa tidak sihat sejak beberapa hari lalu. Ketika hadiri mesyuarat
jentera parti petang semalam, keadaan beliau sangat lemah dan kami putuskan beliau perlu dirujuk ke hospital," katanya.
Menurutnya, kenyataan rasmi berhubung keadaan kesihatan Ahmad Bashah akan dikeluarkan kerajaan negeri dalam masa terdekat.
"Dakwaan beliau terjatuh dan pengsan adalah tidak benar," katanya.
Lewat petang semalam, Ahmad Bashah dikatakan rebah ketika menghadiri mesyuarat jentera parti, di Hotel Grand Alora, untuk mempengerusikan mesyuarat jentera Umno Kedah yang akan dihantar membantu PRK Kuala Kangsar sekitar 7.00 malam.
Beliau kemudian dikejarkan ke KMC dan dimasukkan ke ICU sekitar 7.30 malam.
Keletihan rupanya..! Penat jadi MB ni..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
