Memaparkan catatan dengan label air bersih di kelantan kerajaan pas kelantan awang adek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label air bersih di kelantan kerajaan pas kelantan awang adek. Papar semua catatan

Jumaat, 12 November 2010

Tok Guru Boleh Bagi Fatwa Mati Syahid Jadi Tak Payah Mandikan Jenazah...



BACHOK: Jika kerajaan PAS Kelantan memerlukan 17 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu, Barisan Nasional hari ini berjanji untuk mengatasinya hanya dalam tempoh tiga tahun atau selewat-lewatnya satu penggal pemerintahannya.

Ketika membuat janji itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata pengumuman kerajaan Kelantan yang rakyat negeri itu akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya dalam tempoh 17 tahun lagi adalah bukti kegagalan PAS memerintah negeri itu.

"Saya sangat kesal dan terkejut apabila mengetahui rakyat Kelantan perlu menunggu 17 tahun lagi untuk mendapat bekalan air bersih ini. Masalah ini boleh diatasi kalau rakyat bagi kepercayaan kepada BN (untuk perintah Kelantan).

"Kita akan dapat selesai hanya dalam tempoh dua atau tiga tahun sahaja atau paling lewatnya satu penggal (pemerintahan). Terserah kepada rakyat Kelantan nak tunggu 17 tahun lagi atau hanya tiga tahun, dan ini satu jaminan (kepada rakyat Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut ketibaan pemain bola sepak Kelantan dan perarakan Piala Malaysia di Dataran Perahu di sini, Jumaat.

Baca seterusnya di sini

Komen

Air penting untuk kehidupan, air yang bersih amat diperlukan didalam tuntutan kita melaksanakan ibadah, kalau dah nak mandi wajib pun susah macam mana nak lakukan ibadah yang lain? itu pentingnya air...

Kalau urusan asas agama ini pun kerajaan hamPAS tak boleh lakukan selama lebih 20 tahun....nak kena tunggu 17 tahun lagi? gila apa la agaknya... cukuplah menipu wahai nik najis...cukuplah membodohkan rakyat kelantan.

Jangan sampai bila nik najis mati nanti bekalan air bersih tiada...tak ke haru waktu tu! takkan nak ditayamumkan ajer mayat tu? atau tak yah mandi la sebab kira mati syahid!!! PAS kan boleh menentukan hal hal agama ni ikut tekak tok guru...

Lu FIkir La Sendiri!!!