Isa Samad dalam reaksi balasnya berkaitan 13 Ketua Cawangan UMNO didalam Bahagian Telok Kemang yang mendesak Najib melepaskan jawatan di laporkan berkata...
Tindakan 13 cawangan Umno dalam bahagian Telok Kemang mendesak presiden Datuk Seri Najib Razak secara terbuka meletakkan jawatan dikatakan tidak hormat pada keputusan bersama.
Ketua Umno bahagian itu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, kesemua mereka seharusnya menyatakan pendirian masing-masing pada Persidangan Perwakilan Umno bahagian ketika usul sokongan terhadap kepimpinan parti yang diadakan sebelum ini, lapor Sinar Harian.
“Sepatutnya jika tidak menyatakan sokongan kepada presiden parti, cakaplah tidak sokong semasa persidangan tempoh hari ketika membentangkan usul sokongan terhadap kepimpinan parti. Ini tidak.
"Tindakan mereka hari ini (semalam) seperti tidak menghormati keputusan yang dipersetujui bersama,” Isa dilaporkan sebagai berkata.
Semalam 13 cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan menggesa supaya Najib meletakkan jawatan.
Senang jer..! Masa tu tak tahu dan tak melarat lagi isu yang membelit..! Namun sehingga kini ianya sudah semakin kuat dan meyakini akar umbi..!
Akar umbi semakin jelas akan apa yang berlaku..!
'We Love Rome more than Caesar'
Lu Fikir La Sendiri!!!
