Memaparkan catatan dengan label bajet 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bajet 2016. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Oktober 2015

Bajet 2016 ~ Perlaksanaan Juga Perlu Baik..!


Ahli Parlimen pembangkang potong stim Najib apabila bangun bangkit mempamerkan palycard diatas..!

Boleh baca berita tersebut di sini.

Apapun rakyat secara dasarnya berterima kasih kepada kerajaan BN dengan mengusulkan bajet tersebut..! 

Banyak imbuhan khusus kepada rakyat Sabah dan Sarawak..! Rumah panjang pun dapat tempias 'direct'..! Senyum BN3 dan mudah lah mereka meranjau pengundi dalam mendepani PRN yang semakin hampir..!

Apa yang tidak dibincangkan secara khusus ialah isu kenaikan harga barang..! Pengurangan bahan import..! Negara mengimport bahan makanan hampir 30 bilion..! 

Kebergantungan kepada barang luar menyebabkan pengawalan harga seakan hampir pasti tidak dapat dikawal dengan nilai ringgit yang berada dibawah paras 'teguh'..!

Nak harap penguatkuasaan..! lebih baik jangan makan ayam dan jangan gunakan tol..! Jawapan standart..!

Pemilikan rumah mampu milik juga masih menyebabkan hidung rakyat berdarah..! Prima dapat duit banyak tapi outcome nya masih 'slow'..! Banyak lagi yang boleh dan perlu  diperbaiki..!

Apapun yang rakyat mahukan ialah perlaksanaan yang telus dan tuntas..! Jangan ada kebocoran dan jangan hanya cantik diatas kertas..! 

Duit rakyat yang semakin robek bukannya fatamorgana..! Ianya nyata..! Kesan kenaikan harga barang bukan ilusi Bapak Menteri..! 

Inisiatif yang bersifat sementara tidak akan mampu mengimbangi keluaran duit yang amat kasar dari poket rakyat..!

Namun terima kasih kepada kakitangan Kementerian Kewangan yang bersungguh sungguh menghasilkan bajet 2016 ini..!

Sesetengah Menteri hanya mengambil 'untung' dari kerja keras pegawai yang jujur, amanah dan dedikasi dalam menghasilkan mutu kerja yang tinggi..! Syabas rakyat ucapkan kepada warga kerja yang menyiapkan bajet ini..!

Kita rasional..! berpolitik perlu rasional..! Yang baik kita puji..! Najib jangan pulak perasan bahawa apa yang disebutkan dalam bajet adalah hasil buah fikir dirinya seorang diri..!

Rakyat dah cukup kenal dan tahu bagaimana cara Najib mengurus negara..! Malah mengurus duit sendiri dan mengurus diri berpolitik pun rakyat dah lama jelas dan nampak..!

Nampak apa? nampak kusut dan serabutnya..!

Nampak? 

Lu Fikir La Sendiri!!!

Baca intipati bajet di sini