Cukup cukup la..! Watan tercinta ini dibina dari hasil jerih perih, keringat, darah dan nyawa para pejuang terdahulu..! Ianya dihampar dengan asas agama dan adat budaya yang kukuh dan darinya terbina sebuah tamadun bangsa yang disegani oleh kawan dan lawan di seantero dunia..!
Kerananya...bangsa dan negara berdaulat ini merdeka dan bermaruah..! Tapi sekarang? Apa dah jadi kepada barisan pemimpin yang telah mencorak bangsa dan negara dimata dunia?
Baju merah dibawah Jamal Ikan Bakar mengganas lagi sambil memberi bayangan apakah bentuknya Malaysia ditahun-tahun akan datang jika anda tidak mengubahnya.
Malaysia akan jadi negara mundur, terbahagi kepada kumpulan samseng dan rakyat seperti anda dan saya.
Kumpulan samseng akan bermaharajalela, memukul siapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.
Copypaste dari FB Mustapha Kamil
Itulah dia UMNO NAJIB.
Pasukan baju merah yang diwujudkan tahun lepas dengan restu dan sokongan Najib ... Mengikut khabar angin, Baju Merah ini dibawa berbincang dengan parti2 BN yang lain, mendapat bantahan dari parti bukan Melayu BN tapi diredah juga oleh Najib. Nah ...... sekarang rakyat Malaysia boleh saksikan sendiri - itulah dia wajah Umno Najib.
Wajah disebalik topeng Wassatiyah atau Kesederhanaan yang dipakai oleh Najib. Semuanya lakonan jer .... Takdernya Wassatiyah di sebalik nilai songlapan 1MDB ... Ekstrim hingga pecah rekod dunia !
Takder Wassatiyah nya nilai derma yang direka oleh Najib ... Ekstrim hingga pecah rekod derma dunia peradaban manusia sejagat !
Dan kini rakyat Malaysia dipertontonkan nilai Wassatiyah Umno Najib yang dibawa oleh askar2 baju merah Umno ....
TAHNIAH Baju Merah ! Anda memang layak sebagai Wira Umno !
PS - Pihak Polis diharap ambil tindakan sewajarnya mengikut undang2 negara ya. Tak perlu tweet pun ok ...
Kerananya...bangsa dan negara berdaulat ini merdeka dan bermaruah..! Tapi sekarang? Apa dah jadi kepada barisan pemimpin yang telah mencorak bangsa dan negara dimata dunia?
BILA PENYOKONG MACAM SAMSENG, APAKAH JENIS PEMIMPIN YANG KITA ADA?
Melihat kepada beberapa kejadian ganas dan ala samseng oleh Gerakan Baju Merah untuk menghalang perjalanan atau konvoi Bersih 5 di beberapa tempat hari ini sebagaimana yang tersebar dengan meluas di media-media sosial, ia pasti membuatkan kita geleng kepala dengannya.
Apa sudah jadi sebenarnya dengan keghairahan berpolitik di negara kita?
Kenapa perlu sampai dihalang perjalanan atau konvoi program jelajah Bersih 5 dengan tindakan ganas dan ala samseng seperti itu sedangkan tujuan mereka semata-mata untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai pilihanraya yang adil dan bersih?
Mengapa tidak diserahkan sepenuhnya soal keselamatan dan ketenteraman awam kepada pihak polis untuk menanganinya?
Pernahkah kita menonton filem Barat, Tamil atau Hindustan berkaitan tindakan ganas dan ala samseng seperti yang ditunjukkan oleh Gerakan Baju Merah itu?
Jika kita pernah menontonnya, kita tentu menyedari bahawa dalam semua kejadian ganas dan ala samseng yang dipertontonkan itu, ia hanya dilakukan oleh penyokong-penyokong kepada pemimpin atau ketua yang korup dan makan duit rakyat saja.
Mereka terpaksa melakukannya untuk menghalang rakyat bersuara dan bangkit menyatakan kebenaran. Mereka tidak melakukannya untuk menyelamatkan negara atau bertujuan memberi kesejahteraan kepada rakyat, tetapi semata-mata kerana diupah agar pemimpin atau ketua yang korup itu terus kekal berkuasa.
Tidak seperti di negara-negara maju, demonstrasi atau perhimpunan aman adalah perkara biasa dan dibenarkan mengikut undang-undang. Tidak pernah kumpulan masyarakat yang mengadakan perhimpunan di tempat awam menerima gangguan secara ganas, ala samseng, disepak dan diterajang oleh penyokong kepada pemimpin yang sedang berkuasa.
Pemimpin yang menghormati hak rakyat serta tidak korup, tidak ada sebab untuk membenarkan para penyokongnya bertindak ganas, ala samseng, menyepak dan menerajang orang lain dengan sesuka hati.
Akhirnya, tindakan ganas dan ala samseng oleh Gerakan Baju Merah itu, yang berlaku di sebuah negara yang mahu mencapai status negara maju pada tahun 2020, sebenarnya hanya menyerlahkan lagi jenis pemimpin yang kita ada. Tidak pernah kita ada jenis pemimpin sebegini sebelum ini.
Seiring menjelangnya 60 tahun merdeka, sudah sampai masanya bagi pengarah filem Barat, Tamil dan Hindustan dijemput datang beramai-ramai ke negara kita dan menjadikan apa yang berlaku ini sebagai hasil karya untuk tontonan kepada seluruh dunia pula.
Tambahan lagi..
TAHNIAH Baju Merah ! Andalah Wira Umno !
Baju merah dibawah Jamal Ikan Bakar mengganas lagi sambil memberi bayangan apakah bentuknya Malaysia ditahun-tahun akan datang jika anda tidak mengubahnya.
Malaysia akan jadi negara mundur, terbahagi kepada kumpulan samseng dan rakyat seperti anda dan saya.
Kumpulan samseng akan bermaharajalela, memukul siapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka.
Hidup harmoni antara kaum yang kita pelihara selama ini dan yang amat penting untuk kesinambungan Malaysia ini akan hancur. Kumpulan merah ini hampir semuanya Melayu dan anda cuma perlu dengar maki-hamun rasis mereka untuk mengetahui apa yang akan berlaku jika parti penaung mereka itu terus berkuasa.
Negara akan mundur kerana tidak ada satu pun masyarakat samseng didunia ini yang pedulikan kemajuan. Asal mereka kaya, orang lain boleh pergi jahanam.
Inikah yang anda mahu? Masa depan beginikah yang anda mahu? Fikir lah masak-masak.
Jika anda tidak mahu masa depan yang saya bayangkan tadi, anda cuma perlu buat satu perkara -- tolak parti pemerintah di pilihanraya yang akan datang.
Negara akan mundur kerana tidak ada satu pun masyarakat samseng didunia ini yang pedulikan kemajuan. Asal mereka kaya, orang lain boleh pergi jahanam.
Inikah yang anda mahu? Masa depan beginikah yang anda mahu? Fikir lah masak-masak.
Jika anda tidak mahu masa depan yang saya bayangkan tadi, anda cuma perlu buat satu perkara -- tolak parti pemerintah di pilihanraya yang akan datang.
Copypaste dari FB Mustapha Kamil
Itulah dia UMNO NAJIB.
Pasukan baju merah yang diwujudkan tahun lepas dengan restu dan sokongan Najib ... Mengikut khabar angin, Baju Merah ini dibawa berbincang dengan parti2 BN yang lain, mendapat bantahan dari parti bukan Melayu BN tapi diredah juga oleh Najib. Nah ...... sekarang rakyat Malaysia boleh saksikan sendiri - itulah dia wajah Umno Najib.
Wajah disebalik topeng Wassatiyah atau Kesederhanaan yang dipakai oleh Najib. Semuanya lakonan jer .... Takdernya Wassatiyah di sebalik nilai songlapan 1MDB ... Ekstrim hingga pecah rekod dunia !
Takder Wassatiyah nya nilai derma yang direka oleh Najib ... Ekstrim hingga pecah rekod derma dunia peradaban manusia sejagat !
Dan kini rakyat Malaysia dipertontonkan nilai Wassatiyah Umno Najib yang dibawa oleh askar2 baju merah Umno ....
TAHNIAH Baju Merah ! Anda memang layak sebagai Wira Umno !
PS - Pihak Polis diharap ambil tindakan sewajarnya mengikut undang2 negara ya. Tak perlu tweet pun ok ...
Ini semua resepi yang bakal menyebabkan kerajaan najib lebih cepat melingkup..!
Tunggu ajer ler bila pilihanraya..!
Lu Fikir La Sendiri!!!







