Memaparkan catatan dengan label bekas timbalan menteri perusahaan utama meninggal dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bekas timbalan menteri perusahaan utama meninggal dunia. Papar semua catatan

Isnin, 10 Mac 2014

Al Fatihah...


Semoga Roh Allahyarham ditempatkan disisi roh para solehin..

Amin…

Bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Alias Ali, 75, meninggal dunia pagi ini kerana penyakit kanser usus yang dihidapinya sejak 2010.

Alias meninggal dunia di rumah anaknya di Prima Villa, Kemensah Heights, Ampang di sini pada kira-kira 9 pagi ini, menurut menantunya Yantie Ismail, 34, kepada Bernama di sini hari ini.

Yantie, yang merupakan pengurus komunikasi korporat bahagian pemasaran Qualitas Medical Group, berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kemensah selepas Zohor, dan sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al-Iman.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Toh Puan Ramlah Datuk Abdul Rahman, tiga anak perempuan dan dua anak lelaki serta 15 orang cucu, katanya.

Alias yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama selama tiga tahun sejak 1987, sebelum itu menyandang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Negara dan Luar Bandar pada tahun 1986. - BERNAMA