BUkan main lagi pemakan dedak dan tokey mereka mengutuk Tun M sebelum ini.! tup tup..! Tun M turun bersama sama rakyat jelata termasuk Muhyiddin, Mukhriz serta pimpinan Pakatan Harapan berhimpun secara aman damai walau cuba di provoke dan di ganggu oleh macai baju merah..!
Rakyat yang berhimpun dengan aman mahu keadilan dan kemakmuran hidup..! Rakyat menuntut sebarang salah laku pemimpin di bawa ke muka pengadilan..!
Rakyat berkumpul dengan kerelaan hati..! dengan duit sendiri..!
Dunia melihat bagaimana penolakan rakyat terhadap kepimpinan korup Najib..!
Rakyat berhimpun sambil mendengar amanat Tun M dan kepimpinan yang lain..!
Kawasan lapang berhadapan Menara Berkembar Petronas yang menempatkan pusat beli belah KLCC di Jalan Ampang kini dibanjiri lebih 30,000 peserta BERSIH5 petang ini.
Mereka berkumpul di situ dari beberapa lokasi selepas mendapat arahan daripada pengelola perhimpunan.
Sebahagian daripada mereka tiba di lokasi berkenaan menaiki LRT, manakala selebihnya berjalan.
Jika berjalan tempoh yang diperlukan untuk tiba ke situ dari kawasan Masjid Jamek ialah kira-kira 30 minit. Dianggarkan 3,000 orang memilih untuk berjalan setakat ini.
Dianggarkan ada kira-kira 30,000 orang sedang berkumpul di situ atau kawasan berhampiran sambil mendengar ucapan beberapa pemimpin termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir tiba di perhimpunan hari ini sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dari luar negara.
Sementara itu kira-kira 2,000 lagi penyokong BERSIH masih melepak di Jalan Tun Perak manakala sebahagian besar peserta Baju Merah sudah bersurai.
Baju merah??? sekadar hamba abdi dan menyediakan diri mereka sebagai perusuh..! yang penting dedak..!
Dr Mahathir: Jangan biarkan Najib ambil hak kita
Itu tujuan murni Bersih 5 berkumpul..! baju merah berkumpul kerana apa? kerana dedak..!
Bagi yang tak sempat mengikuti perjalanan siang tadi..boleh baca di FMT dibawah ni..
5.06: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim berucap di hadapan bangunan KLCC mempersendakan video Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak video nyanyian dan tarian “Shalala Lala” dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.
“Perdana menteri, kita semua menderita, tetapi anda masih menyanyi ‘Shalala Lala’,” katanya sambil membuat gerakan kecil sebagai jenaka.
“Kami menderita dengan GST, dengan harga petrol yang tinggi, tetapi anda pergi ke China, kemudian Jepun, dan kini Peru, menikmati (dirinya sendiri).”
Beliau bermula dengan pemenjaraan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peserta Bersih 5.
Beliau mengakhirinya dengan menggesa suaminya dibebaskan, bersama-sama yang lain, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan urus setia Mandeep Singh.
5.02: Pertama kali menyertai Bersih, Amalina, 29, berpendapat ia perhimpunan yang positif.
“Walaupun saya penyokong PAS dan PAS tidak menyertai himpunan ini, tetapi kami tetap dalam blok pembangkang,” kata akauntan yang berasal dari Kelantan ini.

4:52: Dr Mahathir dalam ucapannya tadi berkata Perdana Menteri Najib Razak menyalahgunakan kuasanya kerana kedaulatan undang-undang sudah tiada lagi.
“Najib boleh tahan dan masukkan orang dalam penjara. Itu bukan kuasanya. Itu salah guna kuasa. Jangan takut! Jangan biarkan dia ambil hak kita!”
Ucapannya turut menyentuh mengenai “derma” RM2.6 bilion dan laluan kereta api yang sepatutnya tidak melebihi RM30 bilion.
“Tubuh saya lemah, tapi jiwa saya kuat. Bersama rakyat, saya mahu Najib letak jawatan.”
Beliau sekali lagi menegaskan mana-mana pihak yang tidak bersama pembangkang sebenarnya penyokong Najib.
“Mungkin ada antara kita di sini yang belum lagi bersama parti pembangkang. Saya rayu tuan puan semua supaya sertai parti pembangkang hari ini. Saya ajak kamu sertai PPBM. PPBM akan bersama semua parti pembangkang tumbangkan Najib.”

4.51: Selain gesaan terhadap peletakkan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mempersendakan pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos.
“Kita ingin keamanan, kita bukan Jamal. Kena tumbuk hidung sekali, menangis. Kata berani sangat. (Kata) Berani kena tangkap. Bila kena tangkap, dia akan merayu.
“Tidak seperti orang ramai yang berani meluahkan rasa tidak puas hati mereka (berhubung pentadbiran sekarang).”
4.42: Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap dan menggesa semua hadirin mengundi pembangkang, termasuk PAS.
“Undi untuk PPBM, DAP, Amanah, PKR dan PAS!
“Sudah sampai masanya untuk berubah dan perubahan mesti dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.
“Ketepikan perbezaan kita dan bersatu untuk masa depan negara. Masa BN sudah tamat!”
4.36: Trak-trak FRU meninggalkan kawasan di Jalan Dang Wangi (hadapan pusat membeli-belah Sogo). Jalan di Dang Wangi mula dibuka secara beransur-ansur kepada orang awam dan pengguna motosikal sudah dibenarkan melintasi kawasan ini.

4.27: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di KLCC.

4.18: Peserta Baju Merah mula meninggalkan kawasan Jalan Raja Laut dan apabila ditanya arah tujuan, ada yang menjawab “balik rumah”, “pergi ke KLCC”, mungkin kerana mereka mengetahui kehadiran Dr Mahathir di sana.

3:45: Peserta Bersih mula membersihkan kawasan demo dengan mengutip semua sampah sepanjang jalan Tuanku Abdul Rahman
Sikap yang ditunjukkan penyokong Bersih berbeza dengan Baju Merah yang meninggalkan Padang Merbok dalam keadaan kotor.

“Inilah ‘Bersih’. Kita bersih, kita makan, minum dan kita kutip sampah di sekitar, kita bukan kumpulan pengotor,” kata salah seorang sukarelawan Amanda.
Pada masa sama pihak petugas Bersih mengarahkan peserta supaya berkumpul di KLCC.
3:31: Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua berkata mereka berhimpun untuk Bersih 5 hari ini kerana tiada pilihan lain kecuali tumbangkan kerajaan BN dan Perdana Menteri Najib Razak.
“Kita tak guna silat, atau guna keris,” kata Tony, mengejek pertunjukan silat oleh Baju Merah sebelum ini.
3:30: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen menyifatkan penggunaan Sosma ke atas Maria “sangat mengejutkan”.
3:26: Seorang penyokong Baju Merah ditangkap kerana cuba memprovokasi penyokong Bersih yang melalui Jalan Raja Laut.

Polis cuba menenangkan Baju Merah yang tidak berpuas hati kerana peserta Bersih melalui kawasan mereka.
3:24: Ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anak perempuan Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina berhimpun bersama 4,000 orang di KLCC.

Mercu tanda itu dipenuhi orang ramai sejak jam 3.00. Jalan sesak dari pelbagai arah dipenuhi orang ramai yang melimpah ke jalanraya.

Anggota keselamatan dan sukarelawan membantu mengawal trafik.
Turut bersama mereka adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan veteran Lim Kit Siang.
3:12: Baju Merah dilihat beransur menuju ke pusat beli-belah Sogo di Jalan Raja Laut.
“Selagi Bersih tak balik, kami takkan balik,” kata seorang penunjuk perasaan. Mereka rata-ratanya dari Pantai Timur dan Utara Semenanjung.

Dia tidak mahu mendedahkan wajahnya kerana khuatir tindakan daripada “pihak atasan”.
Ketika ditanya, dia tidak mahu mendedahkan siapa pihak atasan itu. Sementara itu seorang penunjuk perasaan akui pada awalnya mereka “kehilangan punca” kerana tidak pemimpin.
Jamal ditahan pihak berkuasa awal pagi tadi dan akan ditahan di pusat tahanan Shah Alam selepas mahkamah memerintahkan tahanan reman 4 hari.
2:50: Baju Merah dibawah pimpinan Exco Umno Armand Azhar Abu Hanifah dilihat mula meninggalkan Padang Merbok, selepas gagal melepasi kawalan polis.

Baju Merah berada di Padang Merbok sejak 12.30 tengah hari selepas berarak dari Pusat Dagangan Dunia Putra.
Mereka bagaimanapun meninggalkan sampah sarap di merata tempat.

2:40: Mahkamah Majistret Ampang memerintahkan Ketua Gerakan Baju Merah Jamal Md Yunos ditahan reman 4 hari berhubung kekasaran di Ampang Point 13 November lalu.
Jamal dikenakan perintah reman bersama 2 penyokong Baju Merah, dan mereka akan dibawa ke pusat tahanan Shah Alam.
Penasihat undang-undang Baju Merah, Mohd Imran Tamrin berkata mereka disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas tuduhan merusuh, dan Seksyen 186 kerana cuba menghalang polis menjalankan tugas.
Dalam kejadian itu berlaku pergelutan antara kumpulan Jamal dan polis. Jamal mengalami kecederaan di hidung.
Pada awalnya media melaporkan Jamal berkata ditumbuk polis, tetapi Jamal kemudiannya mendakwa ditumbuk pengikut Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin.

2:22 Bekas pelumba F1 Alex Yoong dikesan meninjau suasana di Padang Merbok yang menjadi lokasi himpunan Baju Merah. Berpakaian kuning, kehadirannya bagaimanapun disedari beberapa peserta.
Segerombolan cuba memintas tetapi Alex terlalu laju untuk mereka.
Beliau berjaya melepaskan diri, dan polis berjaya mengawal keadaan.
“Saya tak sertai Bersih, cuma datang tengok saja,” kata Alex.

1:48: Exco Pemuda Umno Armand Azhar Abu Hanifah buat kali kedua cuba berunding dengan polis untuk membenarkan 5 peserta Baju Merah melepasi kawalan di Padang Merbok atas alasan kematian ahli keluarga.
Polis bertegas tiada orang boleh keluar masuk. Minta tanggal Baju Merah jika mahu runding.
1:46: Semua laluan menuju ke Dataran Merdeka ditutup, termasuk laluan di Brickfields

1:31: Pesara Azizan Saad, 58, yang berasal dari Kedah tidak pernah terlepas sertai himpunan Bersih: “Saya turun kerana negara dalam keadaan kritikal,” katanya sambil melepaskan lelah di stesen LRT Masjid Jamek.
“Sekarang payah nak cari makan. Nak buat kenduri, jemput rakan taulan, pun fikir dua tiga kali.”

1:12: Khabar angin mula kedengaran berkenaan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukriz Mahathir di Bersih 5.
Blogger politik Firdaus Abdullah menyiarkan gambar Dr Mahathir turun dari kapal terbang memakai baju-t Bersih 5 di Twitter. Beliau menulis: “#Bersih5 Return of the Statesman. #Leadership #DrM See you in Kuala Lumpur in a while.”
1.00: Rafizi berkata, himpunan kali ini adalah bersejarah bagi Bersih kerana selepas ini, Bersih akan berada di bawah kepimpinan kerajaan baru.

“Kami mahu menasihatkan orang ramai berkumpul dalam kumpulan besar, bukan kecil untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
“Kita akan bergerak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, buat masa ini pihak berkuasa tidak membenarkan kita ke sana.”
12.42: Rafizi Ramli kelihatan tiba di jalan masuk Dataran Merdeka berhadapan Bank CIMB dan mendapat sorakan gemuruh daripada peserta Bersih.
12.40: Para peniaga turut mengambil kesempatan dengan menjual kasut berwarna kuning.

12.35: Peserta dari Masjid Negara mula bergerak ke Masjid Jamek.

12.34: Peserta Bersih di Jalan Tunku Abdul Rahman kelihatan mula kepenatan kerana setiap pergerakan mereka dihalang. Sehingga kini mereka masih menunggu kehadiran rakan-rakan dari Masjid Negara dan Bangsar.

Peserta Bersih mula memenuhi gerai makanan.
12.30: Di Kuching, Ketua Pegawai Keselamatan Bersih 2.0 Simon Siah memberitahu kumpulan itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Dewan Bandaraya Kuching Utara kerana mengepung sepenuhnya ruang awam. Perhimpunan dijadualkan bermula pada jam 4 petang.
12.30: Khalid memberitahu, polis tidak berkompromi dan tidak membenarkan peserta melepasi garisan kuning.
12.21 : Khalid Samad, Tian Chua, Datuk Ambiga Sreenevasan, Charles Santiago dan Adam Adli turut kelihatan di kalangan orang ramai di Dataran Maybank, Bangsar.

12.15: Peserta di Masjid Negara masih tidak bergerak ke mana-mana. Kebanyakan mereka hanya duduk di tepi jalan raya dan berteduh di tempat redup sementara menunggu peserta dari Bangsar tiba.

12.11: Tren LRT di KL Sentral menuju bandar raya hampir dipenuhi peserta Bersih. Sekumpulan peserta Bersih dari Seremban turut tiba dengan menaiki komuter KTM yang kini meninggalkan KL Sentral untuk menuju bandar.
12.00 : Polis tidak mebenarkan kumpulan Baju Merah menuju ke Dataran Merdeka di mana tempat peserta Bersih berkumpul. Kumpulan yang disertai kira-kira 600 peserta itu kemudian mula bergerak ke chek point asal di Padang Merbok.
11.56: Bersih bergerak ke arah Jalan Bangsar yang dihalang benteng pihak polis dengan kehadiran 3 trak FRU.
11:40: Baju Merah dihalang mendekati dataran dan arahan daripada pembesar suara meminta orang ramai bersabar.
“Saya bercakap dengan polis dan mereka bersetuju membiarkan kita bergerak ke Padang Merbok,” kata arahan itu.
“Tidak seperti kuning Bersih, kita adalah rakyat yang mematuhi undang-undang!”
11.39: Penyokong Bersih 5 dari Kelantan dipaksa menanggalkan baju kuning dan memakai baju merah. Salah seorang daripada mereka, Baharudin Mohamad, berkata beliau masih akan menyokong Bersih di Dataran Merdeka.

11.31: Penyanyi Aishah yang berkumpul dengan penyokong Bersih 5 berhampiran Masjid Negara juga memberi ucapan.
Beliau berkata, rakyat sudah muak dengan rejim “jahat” dan menggesa kerajaan mendengar suara rakyat sebelum mereka memberontak.
“Kami berada di sini untuk membantah secara aman. Kami mahu Malaysia yang progresif,” kata beliau.
11.28: Pasukan FRU bersiap sedia untuk menghalang perarakan Baju Merah ke Dataran Merdeka. Dianggarkan 1,000 orang akan melalui sekatan itu di depan Sogo\Kompleks Pertama.
11.25: Baju Merah hampir tiba di Dataran Merdeka. Sambil berarak, mereka menyanyikan lagu “Inilah Barisan Kita” sambil mengecam tindakan Bersih yang didakwa cuma menghancurkan negara.
11.24: Booklet mengenai Shukri Saad, lelaki yang terjun dari jambatan Pulau Pinang dijumpai di tepi pokok berhampiran kawasan dataran Masjid Negara. Booklet setebal 8 muka surat itu mengandungi status Facebook terakhir Shukri.

11.20: Baju Merah mula berarak dari PWTC menujuk ke Dataran Merdeka, Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azhar Abu Hanifah turut bersama.
11.00: Di PWTC, penyokong Baju Merah menerima 1,000 nasi bungkus.

Seorang wanita Cina berusia 50 tahun masih berdiri di hadapan barisan polis di Dataran Merdeka sejak 1 jam. Beliau mengangkat sebuah kotak kuning kerana menurutnya membawa tuah. Beliau kelihatan emosi sewaktu ditanya tentang sebab kehadirannya: “Saya hadir demi keamanan.”

10.55: Selepas perbincangan, polis benarkan sebuah trak Bersih yang juga pentas ucapan, masuk perkarangan luar Masjid Negara.
10.50: Berucap di luar Stesen LRT Bangsar, Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua mengingatkan ketua polis negara yang himpunan Bersih tidak berniat menumbangkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

10.49: Aktivis Hishamuddin Rais ditahan polis di Bangsar, menurut sekretariat Bersih 2.0 Jay Jay Dennis.

10.45: Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz dan kumpulannya membawa “batu nisan” tanda “kematian demokrasi”.
“Yang kedua, kita mahu jelaskan di sini, menolak dan menentang penyelewengan adalah satu tuntutan Islam. Kita nak counter nerratif bahawa demonstrasi ini haram,” katanya.
“Yang kedua, kita mahu jelaskan di sini, menolak dan menentang penyelewengan adalah satu tuntutan Islam. Kita nak counter nerratif bahawa demonstrasi ini haram,” katanya.

10.37: Penganjur Bersih mengumumkan jalan di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek sebagai kawasan ceramah. Peserta diarahkan duduk atas jalan raya.
10.30: Mustafa Along, 29, daripada Orang Asli Temiar, Gua Musang, Kelantan, berkata, kumpulannya hadir hari ini bagi mengetengahkan isu penerokaan tanah adat. “Kami ada misi. Kami lihat ia himpunan untuk rakyat. Supaya dapat diberi penjelasan dan tuntutan mengenai tanah-tanah kami.”

10:21: Penyokong Baju Merah terpaksa ditenangkan penganjur selepas marah disuruh berarak semula ke Dataran Merdeka dari PWTC.
10.20: Sekumpulan Orang Asli berjumlah lebih 100 orang turut serta dengan sepanduk membantah pembalakan di tanah adat.

10.17: Kira-kira 1,000 penyokong Baju Merah berkumpul di luar PWTC sambil melaungkan slogan dan bertakbir. Turut kelihatan exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azhar Abu Hanifah.
10.10: Penganjur Bersih merayu peserta tidak menggunakan vuvuzela kerana bunyi bising menyukarkan orang ramai mendengar arahan.
10.08: Khairul, 30, yang menjual sandwic seawal 7.00 pagi, berkata perniagaan masih belum rancak.
“Selepas ini, saya ke Dataran Merdeka,” katanya yang baru menjual 20 daripada 150 sandwic yang disediakan.
“Selepas ini, saya ke Dataran Merdeka,” katanya yang baru menjual 20 daripada 150 sandwic yang disediakan.

10.02: Aktivis Adam Adli tiba di Dataran Maybank. Menurutnya, seramai 20 pegawai polis mengunjungi beliau malam tadi: “Tetapi saya hadir hari ini. Generasi akan datang akan berterima kasih kepada kita.”

9.55: Bilangan peserta mula meningkat di hadapan Stesen Masjid Jamek, ramai meniup vuvuzela mengeruhkan suasana.

9.53: Presiden Amanah Mohamad Sabu tiba di Dataran Maybank, Bangsar.
Ambiga: “Mereka cuba menghalang Bersih 5 tetapi nampaknya gagal.”
Ambiga: “Mereka cuba menghalang Bersih 5 tetapi nampaknya gagal.”

9.43: Lebih ramai pegawai polis ditempatkan di persimpangan bersebalahan Dataran Merdeka.
Ramai antara penyokong Baju Merah dilihat menutup muka. Ketika ditanya, ada yang menjawab kerana segan dan bimbang “orang kampung, kawan-kawan nampak mereka datang perhimpunan”.

9.30: Kira-kira 200 peserta Baju Merah berkumpul di Stesen Bandaraya (di hadapan Sogo) selepas berarak.

9.29: Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu peserta: “Mungkin Maria (Chin Abdullah) tidak berada di sini tetapi semangatnya tetap hadir. Kita perlu teruskan!” katanya, disambut dengan “”Hidup Ambiga!”
Ambiga: “Tiada siapa yang takut. Semua yang keluar hari ini, kita akan keluar.”
9.20: Di Jalan TAR, peserta Bersih 5 dilihat bersorak ke arah penyokong Baju Merah yang sebelum itu cuba merempuh mereka. Keadaan terkawal.
9.15: Beberapa peserta hadir menunjukkan pelbagai ragam. Penyokong Baju Merah dan Bersih 5 mula meningkat, kira-kira 300 penyokong Bersih 5 di Stesen LRT Bangsar.

9.12: Kira-kira 30 pemuda berbaju merah berarak dekat Dataran Merdeka. Tiada pergelutan berlaku walaupun mereka bertembung dan berjalan lalu disambut sorakan penyokong Bersih.

9.10: Beberapa wakil Majlis Peguam turut kelihatan memantau keadaan.
9.08: Lelaki berpakaian Arab muncul menyertai protes, dipercayai sebagai sindiran kepada derma politik RM2.6 bilion daripada Arab Saudi.

9.05: Seorang wanita berdiri memegang sepanduk di barisan polis yang mengawal Dataran Merdeka.

9.00: Semakin ramai mengambil peluang menjual baju Bersih 5 di hadapan Masjid Jamek.
8.54: Dataran Merdeka lengang, hanya polis berpakaian seragam di sepanjang kawasan.

8.40: Polis turut meletakkan pagar besi dalam menghalang jalan semua jalan menuju Dataran Merdeka.
Macam macam bro..! Apa pun tahniah kepada pergerakan Bersih 5 kerana berjaya menagdakan perhimpunan aman..!
Takziah geng baju merah kerana merapu dan sekadar jadi macai@barua jho low dan sekutu nya..!
Sekadar jadi hamba sahya ajer la layaknya..!
Lu Fikir La Sendiri!!!





