Memaparkan catatan dengan label carta aliran duit src najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label carta aliran duit src najib. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2015

SPRM Sanggah SRC..!


Apa cerita? Bukan main berbuih lagi SRC menafikan gambar rajah tersebut...boleh baca di sini. Tup tup SPRM bangkit mengulas menerusi Pengarah Siasatannya Datuk Azam Baki yang dilaporkan berkata..

Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata mereka tidak menafikan keaslian rajah aliran dana ke akaun perdana menteri, seperti didakwa bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
“Perkara di atas adalah tidak benar kerana dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, SPRM tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan isu draf kertas pertuduhan dan fund flows diagram seperti yang disebutkan oleh SRC International,” kata pengarah siasatannya Datuk Azam Baki.
Suruhanjaya itu seterusnya mengingatkan SRC International atau mana-mana pihak “jangan sama sekali mengaitkan nama SPRM dalam kenyataan media”.
Ini kerana, kata Azam, tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai.
Bernama semalam melaporkan SRC meminta Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap dakwaan kertas pertuduhan yang disiarkan Sarawak Report, blog yang kini diharamkan di Malaysia, serta rajah aliran dana yang diterbitkan sebuah media atas talian.
"Kami mahu mereka yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan ini dikenal pasti, berikutan keasliannya telah dinafikan oleh SPRM pada 3 Ogos 2015,” menurut kenyataan SRC.
Dalam kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan sekali lagi bahawa kes SRC International masih berjalan dan mahu syarikat itu membantu melengkapkan siasatan.
SPRM juga meminta SRC mengarahkan dua individu Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin tampil memberi keterangan jika masih berkhidmat dengan mereka.
Masih dalam siasatan lagi beb..! Jangan gawat kata itu dan ini..!
Kalau SRC nak cepat clear baik tolong SPRM kesan 2 ekor tu..! Dedahkan dimana mereka menyorok dan beritahu sekali siapa yang menyorokkannya..!
Sok sek sok sek.. di SRC kan berlegar cerita ni jugak..! Tak gitu?

Didoakan semoga pihak SPRM akan sentiasa kuat dan teguh dalam menjalankan amanah ini..! 

Ramai yang mahu tengok SPRM berjaya kerana benar..! berbanding mereka yang melindungi jenayah dan penjenayah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

SPRM Nafi Kenyataan SRC International


MERUJUK kepada laporan media bahawa “In the interests of full disclosure, we ask the good office of the Attorney General to conduct a full investigation into these claims and the alleged charge sheet published by Sarawak Report and fund flows diagram published by MalaysiaKini. We ask that the parties responsible for these fabrications be identified, given that their authenticity was denied by the Malaysian Anti-Corruption Commission on 3 August 2015", yang memetik SRC International Sdn Bhd semalam, 21 Oktober 2015, SPRM menafikan perkara yang disebutkan oleh SRC International dalam kenyataan media pihaknya.
 
Perkara di atas adalah tidak benar kerana dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, SPRM tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan isu draf kertas pertuduhan dan ‘fund flows diagram' seperti yang disebutkan oleh SRC International. 
 
SPRM mahu mengingatkan SRC International atau mana-mana pihak jangan sama sekali mengaitkan nama SPRM dalam kenyataan media mereka kerana tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai.
 
SPRM ingin memaklumkan sekali lagi bahawa kes SRC International masih lagi berjalan.
 
SPRM meminta kerjasama SRC International dalam membantu SPRM melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan. Sekiranya Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Md Yassin, yang diperlukan oleh SPRM untuk menyempurnakan siasatan, masih lagi berkhidmat sebagai Pengarah SRC International, adalah wajar bagi SRC International mengarahkan kedua-dua mereka tampil hadir di SPRM untuk memberi keterangan.
 
 
DATO' AZAM BAKI
PENGARAH SIASATAN
 
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA