Memaparkan catatan dengan label desakan dunia najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label desakan dunia najib. Papar semua catatan

Sabtu, 5 September 2015

Dunia Terus Menolak Najib..!


Bukan rakyat Malaysia sahaja yang mahukan jawapan dan ketelusan dalam kemelut 1MDB, duit derma dan pelbagai lagi perlakuan dan tindakan sumbang yang dicontohkan dalam tindakan kerajaan baru baru ini..!

Rupanya satu dunia bukan sahaja mentertawa tindakan Najib malah dunia juga sedang memerhati dan memantau setiap tindakan yang dilihat bertentangan dengan norma pentadbiran yang beramanah dan berwibawa..!

Kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 terus dilontarkan.
Terbaru setiausaha agung NGO pemantau rasuah global Transparency International Salil Shetty meminta Najib menjejaskan sama ada dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya “rasuah besar”.
Pembela Najib sebelum ini menegaskan bahawa wang itu hasil “sumbangan politik” daripada Timur Tengah.
“Kita ada akhbar ditutup, laman web ditutup, peguam negara dipecat, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara digantung, siasatan agensi-agensi diganggu.
“Sekarang RM2.6 bilion lesap – AS$700 juta.
“Perdana menteri harus berterus terang, beritahu kita sama ada ini rasuah besar,” katanya kepada peserta IACC di Putrajaya hari ini.
Salil bercakap dalam sesi berjudul "Grand corruption: How to stop the corrupt stealing from you and me".
Beliau kemudian mengulangi persoalan sama yang dilontarkan beberapa pihak sebelum ini dalam persidangan sama sejak permbukaan Rabu lalu.
“Dari mana wang itu datang dan ke mana ia pergi?” soalnya.
Kelmarin, Presiden Transparency International Jose Ugaz dalam sesi pembukaan IACC berkata Malaysia berdepan krisis rasuah dan beliau meminta Najib menjejaskannya.
Semalam, anggota majlis IACC pula memberitahu perdana menteri bahawa skandal tidak dapat ditutup.
IACC berakhir hari ini setelah tiga hari bersidang.
Lagi suara dunia yang terus kedengaran...
Datuk Seri Najib Razak perlu berundur dan membenarkan siasatan AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun beliau ditneruskan tanpa pengaruh tidak sepatutnya, kata gabungan Konvensyen Anti Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC).
Pengerusi gabungan UNCAC Manzoor Hasan berkata, membiarkan Najib terus berkuasa boleh menjejaskan siasatan, walaupun penyokong perdana menteri menegaskan pengkritik hanya perlu menunggu hingga siasatan selesai.
"Dalam dunia yang ideal, kita mahu melihat perdana menteri terus kekal, dan siasatan berlaku. Tetapi saya fikir realitinya adalah jika mereka tidak meletak jawatan, proses penyelidikan boleh dipengaruhi dan boleh menjejaskan keseluruhan proses.
"Jika anda mengikut proses undang-undang biasa, apabila seseorang itu sedang disiasat, biasany dia tidak perlu meletakkan jawatan supaya siasatan bebas yang bersih boleh berlaku," kata Manzoor kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di luar Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah ke-16 (IACC) di Putrajaya.
Apabila ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan, beliau berkata, "Ya, saya pasti akan berkata demikian bagi kepentingan siasatan yang adil."
Manzoor menyifatkan keputusan Najib untuk terus berkuasa sebagai "pelik", tetapi menambah ia bukan perkara baharu dan biasa bagi pemimpin dunia untuk berbuat demikian.
"Saya rasa ini adalah di mana masyarakat awam dan media boleh memainkan peranan penting dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengubah semua prinsip dan kaedah yang dipakai," katanya.
Manzoor berkata tindakan yang diambil terhadap pegawai-pegawai penyiasat di Malaysia bertentangan dengan semangat UNCAC – terikat undang-undang anti-rasuah antarabangsa yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB bulan Oktober 2013.
Malaysia menandatangani dokumen itu pada 9 Disember 2003, dan mengesahkannya pada 24 September 2008.
"Jika anda melaksanakan konvensyen antarabangsa dan nasional, kebebasan suruhanjaya, seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), adalah sangat kritikal.
"Jika tiada kebebasan, keseluruhan siasatan boleh terjejas, seperti dalam kes Malaysia – dengan pegawai penyiasat dipindahkan, pepimpin ditangkap."
Beliau berkata agensi seperti SPRM hanya dilabelkan sebagai bebas, "tetapi, semangatnya dikawal golongan politik elit yang sama mentadbir negara dan yang juga terlibat dalam rasuah besar".
Gabungan UNCAC yang dipengerusikan Manzoor, adalah satu rangkaian global terdiri 350 badan bukan kerajaan di lebih 100 negara yang komited menggalakkan ratifikasi, pelaksanaan dan pemantauan UNCAC.
Semalam, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pengerusi lembaga penasihat anti-rasuah Malaysia, berkata SPRM masih menyiasat kes itu dan semua pihak perlu menunggu suruhanjaya itu melengkapkan siasatan.
Beliau berkata SPRM "bebas sebagaimana yang anda kehendaki".
Amacam..!
Lu FIkir La Sendiri!!!