Memaparkan catatan dengan label doj khairudin mahkamah malaysia najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doj khairudin mahkamah malaysia najib jahanam. Papar semua catatan

Khamis, 11 Ogos 2016

Kebenaran Pasti Mengatasi Kebathilan..!


Bukan kerja mudah untuk mendakwa orang berkuasa dan sekutunya..! namun bukti yang ada disamping sokongan dunia pasti akan memberikan kekuatan dan keyakinan untuk mendepaninya..!

DOJ berdepan cabaran perundangan besar 1MDB

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bakal berdepan dengan cabaran perundangan yang besar dalam kes 1MDB, menurut Financial Times.
Antaranya, ujar akhbar kewangan dari United Kingdom itu, pihak pendakwa harus berjuang habis-habisan bagi meyakinkan para saksi untuk memberi keterangan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.
"Memperolehi dokumen luar negara turut melibatkan perjanjian bantuan perundangan bersama yang merupakan proses yang memakan masa.
"Dalam banyak kes termasuk 1MDB, pihak pendakwa berdepan kesukaran membongkar laman web syarikat palsu dan tipu-helah lain yang menutup maklumat pemilikan," jelasnya.
Walau Kendall Day yang mengepalai bahagian pelucutan aset dan pengubahan wang haram DOJ sendiri mengakui ia bukan sesuatu yang mudah.
"Saya boleh memberitahu kamu dari pengalaman peribadi bahawa kes-kes rasuah dari apa jua bidang adalah sesuatu yang sukar," menurut beliau.
Financial Times turut memetik peguam Washington, Jack Blum yang mendedahkan beberapa hakim Amerika enggan mengendalikan kes-kes yang dipercayai sepatutnya dibicarakan di mahkamah asing.
Pada 30 Julai yang lalu, Peguam Negara Amerika Syarikat, Lorretta Lynch mendedahkan DOJ akan memulakan prosiding mahkamah untuk merampas aset yang didakwa diperoleh menggunakan dana 1MDB yang disalah gunakan.
Ia sekali lagi menyeru, Perdana Menteri Najib Razak yang berulang kali menafikan penyalah gunaan wang rakyat dan telah 'dibersihkan' oleh peguam negara Malaysia, untuk meletak jawatan.
Antara lain, aduan mahkamah DOJ menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga perdana menteri.
Dokumen itu juga menyebut "Malaysian Official 1" sebanyak 36 kali dan mendakwa bahawa individu berkenaan meraih keuntungan daripada 1MDB.
Pihak pembangkang tempatan menyifatkan pegawai itu tidak lain tidak bukan ialah Najib.
DOJ sukarkan kehidupan kleptokrat
Sementara itu, Presiden Global Financial Integrity, Raymond Baker memberitahu Financial Times bahawa DOJ telah menyukarkan kehidupan kleptokrat.
Pada masa yang sama, beliau berkata, kaedah yang kurang formal telah berjaya dengan lebih cepat.
Pada 2013, sebagai contoh, Tunisia berjaya mendapat semula sejumlah AS$28 juta yang dicuri oleh isteri Zein al- Abidine Ben Ali selaku diktator yang digulingkan dua tahun lebih awal menerusi panggilan telefon.
"Gabenor bank pusat Tunisia dipanggil gabenor bank pusat Lebanon. Mereka melakukannya atas dasar hubungan peribadi. Lebanon melalui beberapa undang-undang kecil gimnastik, perolehi wang dan hantar kembali," kata Baker.
Rakyat Malaysia perlu kuat dan terus menyokong usaha membasmi kemungkaran..! Sebab tu dilaporkan juga...
Khairuddin fail dokumen DOJ bagi sokong semakan kehakiman
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan dokumen tuntutan mahkamah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi menyokong permohonan semakan kehakiman terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Peguam Khairuddin, Mohd Haniff Khatri Abdulla mengesahkan afidavit difailkan pada Isnin lalu berserta dengan laporan tindakan mahkamah Amerika setebal 136 muka surat itu sebagai eksibit.
Beliau berkata, afidavit itu dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada hari yang sama.
Permohonan semakan kehakiman Khairuddin akan didengar pada Jumaat ini untuk menentukan sama ada kebenaran boleh diperolehi untuk memulakan prosiding mahkamah penuh.
Khairuddin pada 3 Februari lalu memfailkan usul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Apandi dengan alasan bahawa pelantikan sebagai peguam negara adalah tidak sah.
Dalam usulnya, Khairuddin berkata cara bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilucutkan adalah menyalahi undang-undang kerana melanggar Perkara 156 (6) Perlembagaan Persekutuan.
Bekas timbalan ketua Umno bahagian Batu Kawan itu juga memohon untuk mengketepikan segala tuduhan terhadapnya.
Khairuddin didakwa mensabotaj ekonomi selepas beliau membuat beberapa siri laporan terhadap 1MDB dengan pelbagai agensi penguatkuasaan asing.
Kertas takkan mampu membungkus api..!
Lu Fikir La Sendiri!!!