FIFA nampaknya kena banyak belajar dari Azzudin mahu pun FAM! kalau Azzudin merasakan ranking FIFA tak penting maka nampaknya ada yang tak kena dengan FIFA..bukan Azzudin tapi FIFA yang bermasaalah!
Kenyataan Tengku Mahkota Pahang selaku Timbalan Presiden yang nampaknya gusar dan mahu skuad negara meningkatkan kedudukan ranking dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab dan negara bola terkemuka juga pasti tidak diperlukan oleh Azzudin dan FAM..!
Bekas bintang Manchester United (MU), Ronny Johnsen dan Gary Pallister percaya ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) adalah amat penting dalam memastikan pembangunan berterusan sukan itu di peringkat antarabangsa.
Johnsen, yang juga bekas pemain Norway, berkata ranking FIFA sentiasa menjadi keutamaan bagi semua pasukan kebangsaan di seluruh dunia.
"Satu ketika dahulu Norway telah disenaraikan antara pasukan terbaik dunia tetapi kini terpaksa melalui pusingan kelayakan ke Kejohanan Eropah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Kelab Peminat MU di Hotel Maya, di sini.
Johnsen, 47, pemain tengah MU dari 1996 hingga 2002, berharap pasukan kebangsaan Malaysia akan mencapai peningkatan di peringkat antarabangsa.
Manakala Pallister berkata ranking FIFA merupakan ukuran pembangunan bola sepak di sesebuah negara.
Azzudin dan FAM boleh terus menafikan kebenaran! boleh terus berlakun! hakikatnya rakyat dan semakin jelak dengan hujah 'karat' puak yang terus menerus bermimpi di siang hari..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

