
Pihak Kementerian bukan sahaja perlu menolak sebarang usaha untuk menaikkan harga mendapatkan lesen seperti yang dicadangkan itu malah pihak Kementerian perlu memanggil pihak Institut Memandu dan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mencari punca dimana dan siapa yang mencetus isu yang menimbulkan kemarahan dan keresahan rakyat.
Ajar dan sekolahkan mereka ini cukup cukup..! jangan bercakap ikut sedap mulut..! jangan bercakap atas kepentingan beberapa kerat..!
Kerajaan perlu mengusai semua agensi dan pihak yang dipertanggungjawabkan dibawahnya..! BUKAN SEBALIKNYA..! Hari ini kerajaan dilihat flip flop..! cadang lepas tu tarik..! cadang tarik..!
Kalau keputusan kerajaan boleh dibuat begitu akhirnya rakyat tidak akan menghormati sebarang keputusan yang telah, sedang dan akan diputuskan oleh pihak kerajaan..!
Kerajaan apa macam tu?
Lu FIkir La Sendiri!!!