Memaparkan catatan dengan label jawapan najib isu anak nazri pegawai khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jawapan najib isu anak nazri pegawai khas. Papar semua catatan
Jumaat, 16 Ogos 2013
Big Boss Dah Jawab..!
Tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.
"Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan. (Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di sini hari ini.
Najib berkata dalam isu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwa mengambil anaknya sebagai pegawai khas di kementeriannya, beliau difahamkan anak menteri itu bukan pembantu rasmi yang dibayar kerajaan.
"Saya difahamkan bukan pembantu rasmi, hanya membantu secara tak rasmi. Takde pun dalam senarai sebagai pembantu menteri yang dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan," katanya.
Memang tak salah...cuma caranya tak betul..! lagi pun jawapan Menteri tu yang menyebabkan rakyat makin muak dan jelak dengan perangai Pak menteri dan kaum keluarga mereka...!
Tapi dah itu punahsihat bagi jawapan..Najib baca jer laa...
Lu Fikir La Sendiri!!!
Langgan:
Catatan (Atom)
