Kalau pun bukan Ziana Zain...Ramlah Ram menyanyi mungkin juga Najib boleh terlena tapi kalau Ramlah Adam pula yang menyanyi???
Kembalikan kuasa Agong: Najib harus pertimbang cadangan Sultan Johor
Titah Sultan Johor itu harus disokong bagi memastikan kuasa Agong berada pada kedudukan paling tinggi.
Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenan sesuatu rang undang-undang sebelum ia diluluskan seharusnya dipersetujui.
Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, ia sekali gus memperkukuh kuasa Agong itu sendiri yang dilihat berada pada kedudukan tertinggi memutuskan sesuatu keputusan berbanding Parlimen.
Katanya, Agong sebagai pembuat keputusan terakhir sebelum ini pernah dilaksanakan, namun kuasa tersebut telah ditarik semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
“Dulu sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, pernah timbul isu ini. Ketika itu Sultan Johor dalam giliran menjadi Agong. Dr Mahathir buat pindaan perlembagaan terhadap kuasa veto Agong dengan menarik semula kuasa tersebut.
“Ia melibatkan, sesuatu rang undang-undang harus diluluskan oleh Agong dalam tempoh 30 hari dibentang tetapi jika Agong tidak meluluskannya dalam tempoh 30 hari maka undang-undang itu akan lulus secara automatik.
“Oleh yang demikian saya menyokong cadangan Sultan Ibrahim untuk mengembalikan kuasa itu tepat pada masanya. Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak perlu mempertimbangkan semula perkara itu.
Namun, kalau mahu membenarkan kuasa Agong sebagai kuasa tertinggi, persoalannya adakah Parlimen sekarang bersedia untuk mengembalikan perlembagaan asal?” soalnya kepada FMT pula.
Semantara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA),Abdullah Zaik Abdul Rahman turut menyokong cadangan Sultan Ibrahim bagi memastikan keseimbangan antara kuasa Parlimen dan kuasa Agong. Ini supaya sesuatu keputusan untuk meluluskan undang-undang tidak berat sebelah.
“Saya secara umumnya melihat perlunya keseimbangan antara kuasa Parlimen dengan kuasa Agong. Sekiranya kuasa itu diberi kepada satu pihak sahaja dan ia tidak boleh diimbangi oleh pihak lain, akan wujud masalah. Malah, kalau diberi sepenuhnya kepada Parlimen sahaja pun akan menimbukan masalah dan menyebabkan berlakunya krisis serta tidak akan membawa penyelesaian,” katanya kepada FMT.
Tambah Zaik, Agong juga perlu memahami kehendak masyarakat sebelum bertindak meluluskan sesuatu undang-undang terutamanya melibatkan isu kepentingan Islam dan orang Melayu supaya tidak menyinggung hati pihak lain.
“Agong juga perlu mengikut kehendak masyarakat, sebagai contoh kalau isu itu berkaitan dengan Islam atau masyarat Islam, maknannya Agong kena ikut kehendak dan pandangan masyarat Islam, pada masa sama kena memahami kehendak masyarat lain,” katanya.
Ramai pemakan dedak yang masih belum mumayis waktu krisis perlembagaan berlaku dahulu..! Makanya mereka hanya akan bergurindam dan berseloka bahawa Tun M la yang menyebabkan kuasa Agong itu dipinda..!
Sedangkan rakyat melihat keperluan pindaan undang undang itu dibuat ketika itu demi menyelamatkan Institusi Raja Raja serta memelihara kedaulatannya..! Pelbagai kisah luar dalam kain Istana yang terbongkar ketika itu..! Itu sebab rakyat terutama orang Melayu berdiri teguh menyokong pindaan tersebut.
Hari ini, sekali lagi rakyat diperlihatkan akan suasana yang hampir serupa..! Cuma masaalahnya berlaku dipihak pentadbir@pemerintah..! Kuasa mutlak yang ada ditangan pemimpin kerajaan seakan menjadi pedang tajam yang sewenang wenang dihayun mengikut selera mereka..!
Makanya timbul cadangan sedemikian rupa..! Sekali lagi atas nama menjaga keharmonian pentadbiran kerajaan serta memelihara tingkah laku pemimpin agar sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan ianya kembali menjadi bual bicara yang semakin kuat dan galak didalam masyarakat.
Undang undang perlu disesuaikan mengikut peredaran semasa..! Undang undang tidak boleh tepu..! undang undang mesti tertegak demi keadilan sejagat..! keadilan sejagat tidak bermusim..! Ianya sepanjang zaman..!
Berani kerana benar..! Soalnya berani ke Najib?
Lu FIkir La Sendiri!!!
