


Penulis mengambil peluang untuk menjawab disini lontaran dan pandangan sahabat-sahabat bloggers yang memberikan komen dalam posting penulis sebelum ini mengenai isu yang sama. Ini kerana nak menjawab dan berhujah balas penulis rasa sesuai dibuat posting yang baru...panjang beb..
Ada pro dan kontra tak kurang juga yang mengambil peluang menyindir dan membelasah..biasa la tu. Namun ianya memberikan satu gambaran baru kepada penulis bahawa isu ini 'relevan' untuk dibahaskan.
Penulis setuju bahawa kita sebagai bangsa melayu/islam tidak harus terburu-buru dalam mendepani 'kerenah' cina-cina komunis DAP ini, dan langkah memulau barangan mereka juga bukan satu-satunya langkah dan cara untuk berdepan dengan puak biadap ini.
Namun apa yang penulis maksudkan ialah faktor ilmu dan kesedaran yang perlu dipupuk di kalangan bangsa kita bahawa pertamanya kita mempunyai kuasa beli yang amat besar dalam negara dan bagaimana pula kita menggunakan 'kuasa' yang ada untuk menjaga kepentingan kita.
Isu boikot ini mungkin boleh dibuat secara berpilih, ini kerana memboikot secara membuta tuli hanya akan menyebabkan struktur ekonomi yang sedia ada menjadi pincang dan yang lebih memberikan kesan ialah nasib saudara mara sebangsa kita yang mencari rezeki didalam industri terutama peruncitan tentunya akan terjejas.
Bukan semua cina dan india itu bermazhab komunis dan hindraf, itu kita rasional! Malah ada dikalangan mereka terdiri daripada rakan-rakan dalam komponen yang menjaga kepentingan kita bersama. Mereka ini tentunya tetap memerlukan kuasa beli kita dan tentunya mengembalikannya semula kepada kita dalam pelbagai bentuk dan cara.
Cuma sebagai bangsa yang 'mudah lupa' dan terkadang kita pula lebih cina dari cina atau lebih india dari india, contohnya apabila kita berjumpa dengan kaum cina kita sendiri yang akan menuturkan kata-kata mengikut 'loghat' tong san dan chennai mereka.
Ilmu dan kesedaran yang penulis tuntut ialah bangsa melayu boleh memilih dan menentukan sama ada akan terus selesa dengan sikap 'takpe' yang ada atau cuba untuk menahan sabar, berpenat lelah dan menjaga maruah bagi menentukan hak yang diberikan kepada mereka yang benar-benar berhak menerimanya. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa, memberi kepada mereka yang tahu berterima kasih dan bukannya kepada cina komunis dan india hindraf yang bukan sahaja menggigit tangan malah mahu memotongnya secebis demi secebis. Kaduk naik junjung!
Kita seharusnya lebih berhati-hati bahawa yahudi, amerika melalui pedagang-pedagang yang bermazhabkan mereka didalam negara bukan sahaja mengaut duit yang didalam kantung kita malah ada dikalangan mereka yang terang-terang menabur yang HARAM didalam makanan dan keperluan kita saban hari. Sumber makanan yang subahat jauh sekali haram bukan sahaja membawa penyakit kepada umat malah mampu mengeraskan hati bangsa kita seperti lahirnya lebih ramai pengkhianat, petualang dan pedagang agama, bangsa dan negara hari ini.
Pihak Kerajaan perlu mencari jalan dalam mempastikan bahawa sumber makanan dan keperluan harian yang kita gunakan HALAL dan bukannya hanya beretorik dengan Halal Hub yang setakat hari ini masih tebal diatas kertas dan juga mengurangkan kebergantungan kepada peruncit, pembekal dan pengilang cina dan india dengan meningkatkan penguasaan melayu/bumiputera/islam dengan lebih terancang dan berjaya!
Itu kewajipan kerajaan! Kerajaan melayu/Islam! Jangan hanya menjaga hati dan perasaan orang bukan melayu/islam dengan menghapuskan kementerian yang menjaga hak melayu selama ini kerana kita bangsa melayu/islam boleh berkompromi dengan nya selagi hak dan kepentingan bangsa/agama terjaga dan terbela!
Sendiri Mau Ingat!!!