Gambar ni takde kena mengena dengan berita dibawah pun..! Cuma nak bagi tahu, beginilah jika rakyat salah mengundi dan meletakkan orang yang salah menjadi pemimpin..!
Kerajaan tutup selagi tiada dana tembok AS - Trump
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan penutupan sebahagian kerajaan persekutuan negara itu akan berterusan sehingga tuntutan dana untuk pembinaan tembok sempadan dengan Mexico diluluskan.
Sebahagian kerajaan AS ditutup, sejak Sabtu lalu. Namun setakat ini, masih belum ada bayangan sama ada banyak agensi yang tidak beroperasi akibat kebuntuan politik membabitkan dana tembok Trump akan dibuka semula.
“Saya tidak boleh cakap bila kerajaan akan dibuka semula. Apa yang saya tahu, kita tidak akan beroperasi sehingga mendapat tembok atau pagar atau apa mahu namakannya.
“Saya akan namakan ia mengikut apa mereka mahu, tetapi ia perkara yang sama. Ia halangan kepada pendatang membanjiri negara kita dan daripada dadah.
“Jika kita gagal mendapat tembok ini, kita (kerajaan) tidak akan beroperasi,” kata Trump. - Reuters
P.Ramlee dah ajar lama dah..! jangan salah pangkah..!
Lu Fikir La Sendiri..!

