Memaparkan catatan dengan label kerajaan potong hak rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerajaan potong hak rakyat. Papar semua catatan

Ahad, 20 Mac 2016

Tutup Sekolah Pun Jimat..!


Nampaknya berat sangat dah bebanan kewangan kerajaan ni..! Semua orang tahu beban menjadi kerajaan namun janji dan manifesto semasa mahu meraih kuasa dulu jelas tidak menyatakan bahawa bebanan yang ditanggung harus di pulang balik kepada rakyat seperti memotong biasiswa..!

Sebanyak RM240 juta dianggarkan dapat dijimatkan setahun apabila kerajaan membatalkan 744 biasiswa kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata sehingga kini jumlah pelajar yang belajar di luar negara di bawah tanggungan kerajaan adalah seramai 7,736 orang.
"Purata kos perbelanjaan kerajaan untuk seorang pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk setiap tahun adalah berbeza mengikut negara dan bidang pengajian yang diikuti oleh pelajar," katanya menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).
Mungkin Menteri boleh cadangkan agar tutup sekolah..! Tutup sekolah pasti akan menjimatkan..!
Senang jadi kerajaan..! Apa yang susah sangat???
Lu Fikir La Sendiri!!!