Memaparkan catatan dengan label kleptokrasi parlimen 1mdb najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kleptokrasi parlimen 1mdb najib jahanam. Papar semua catatan

Rabu, 19 Oktober 2016

Bila & Di Mana Lagi..?


Semalam...Speaker Dewan Rakyat memutuskan bahawa isu yang bersangkutan dengan DoJ tidak boleh dibahaskan..! Berita tersebut dilaporkan..

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak sepatutnya melarang ahli Parlimen berdebat mengenai saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata Parlimen merupakan tempat paling sesuai untuk membincangkan isu yang begitu besar dan penting kepada negara.
“Saya rasa isu melibatkan negara ini sepatutnya diberi keizinan untuk dibahaskan di Parlimen. Mana lagi rakyat nak bawa isu sebesar ini selain Parlimen?
“Saya rasa (tindakan speaker) itu sudah menyalahi kebebasan Parlimen. Saya sangar kesal dengan tindakan speaker yang tidak demokratik,” katanya kepada FMT.
Hari ini, speaker Dewan Rakyat melarang sidang Parlimen berdebat mengenai saman sivil DoJ terhadap 1MDB.
Pandikar berkata, keputusan itu adalah untuk mengelakkan keadaan di mana terdapat menteri dilihat mengambil alih peranan speaker.
Pandikar merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang enggan menjawab soalan mengenai 1MDB.
Beliau menyatakan ia boleh menjadi “sub judice” walaupun sebelum speaker berkata demikian.
Situasi itu mendorong Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mempersoalkan alasan bagi melabelkan kes itu sebagai “sub judice” kerana tiada siapa yang membaca kandungan laporan DoJ itu.
Mengikut amalan Parlimen sesuatu parkara boleh dibahaskan apabila berjaya dipenuhi dengan 3 syarat..! 1) Perkara tertentu. 2) Berkepentingan ramai. 3) Perlu disegerakan..!
Bukankah perkara tersebut adalah perkara tertentu..! perkara penting yang jelas keberadaannya..! Perkara yang menjadi perbualan dunia..! Bukan perkara remeh..! bukan tiada asas untuk membahaskannya..!
Keduanya ia memang mempunyai kepentingan ramai..! kepentingan negara dan rakyat..! Perkara yang mahu dibahaskan ialah bagaimana khazanah negara yang dirompak seterusnya dibekukan dapat dibawa balik kedalam negara..! dapat dikembalikan kepada rakyat dan negara..! Menuntut hak..!
Ketiganya ia memang perlu di segerakan..! Ianya memang perlu dimuktamadkan agar negara segera menghantar wakil yang sah dan diiktiraf oleh Parlimen untuk memantau perjalanan prosiding kes tersebut..! Ianya perlu cepat bagi bekerjasama dengan pihak DoJ untuk menentu dan mempastikan segala kekayaan negara yang telah dirompak dibawa balik dengan selamat kedalam negara..!
Benar...bahawa kuasa Speaker adalah muktamad..! Malah kuasa Speaker tidak boleh dicabar dimana pun hatta di Mahkamah..! 
Itu rakyat faham dan jelas..! Cuma apa yang rakyat tak faham dan tak jelas ialah bagaimana isu yang sebegini besar seakan boleh dikesampingkan begitu sahaja..! 
Kalau Parlimen tidak mengambil bahagian..! Kalau pentadbiran kerajaan dilihat tidak campur tangan..! dimana dan bila lagi perkara utama sebegini mahu diselesaikan???
Di atas jalan???
Apa dah jadi kepada negara ni sebenarnya???
Lu Fikir La Sendiri!!!