Bukan main bersemangat lagi para macai dedak mendendangkan lagu komplot sejak 3 hari yang lalu..! Seakan mendapat suntikan semangat apabila rata rata mendendangkan lagu yang sama..komplot..!
Soalnya bagaimana komplot dongengan yang dinyanyikan tu boleh menyebabkan Najib menerima 'derma' sebanyak RM2600 Juta..!
Bagaimana komplot khayalan tersebut boleh memasukkan duit SRC sebanyak RM42 Juta ke akaun peribadi Najib..!
Bagaimana komplot ciptaan tersebut boleh menyebabkan 1MDB berhutang berpuluh puluh bilion..!
Bagaimana komplot temberang tersebut telah menyebabkan pasukan siasatan PDRM, SPRM, Bank Negara dan pihak Peguam Negara dibubarkan..!
Kalau betul ada komplot tentunya siasatan tersebut bakal merungkai..tapi kenapa ditiadakan???
Sejarah juga menyaksikan bagaimana komplot 'tersusun' tersebut mampu menukar AG, menukar anggota kerajaan..! memberhentikan pegawai pegawai kanan..! Malah memberhentikan anggota kabinet..!
Seperkara lagi yang terus dinyanyikan di kedai kedai kopi saban hari ialah komplot tersebut langsung tidak mampu menyaman WSJ dan yang sewaktu dengannya..!
Sedangkan pembongkaran dan pendedahan akhbar mereka lah yang menyebabkan rakyat Malaysia dan dunia lebih buka mata dan mengenali siapa sebenarnya yang sedang berkomplot dengan bertungkus lumus menutup bangkai dan pekung..!
Dapat di sahihkan juga bagaimana audio ucapan didalam mesyuarat MT tersebut telah di jadikan bahan komplot..!
Sedangkan semua pihak tahu bahawa bukan sahaja perkara yang dibincangkan didalam mesyuarat menjadi rahsia dikalangan MT.
Malah audio atau video pasti menjadi bahan larangan untuk pendengaran dan tatapan umum..!
Kalau pun ada hanya pihak ibu pejabat sahaja yang menyimpan dan memperolehinya..!
Jadi....siapa sebenarnya yang berkomplot???
Lu Fikir La Sendiri!!!
