Memaparkan catatan dengan label landasan berkembar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label landasan berkembar. Papar semua catatan

Selasa, 26 Mei 2015

Malu Kerana Namanya Keretapi Tanah Melayu..!


Tak pasal pasal kenapa nak diketepikan fungsi dan peranan KTM..! Setelah sekian lama masa diambil untuk membina landasan berkembar tiba tiba peranan KTM sebagai satu satunya pihak yang menguasai perkhidmatan keretapi utama negara senang senang sahaja mahu diketepikan..! Apa sebab???

Kalau mahu menjana hasil yang lebih kenapa tidak boleh dikongsi sama oleh KTM? 

KTM kaya dengan tanah...! kaya dengan kepakaran..! kaya dengan jentera dan tenaga sedia ada..! apa masaalah???

Kenapa apabila sesuatu pembangunan dilaksana pihak yang menjadi tulang belakang sekadar jadi pemerhati dan minoriti..!

Kita ketepikan fungsi EPU kerana mahu menubuhkan Pemandu..! Kita kurangkan peranan Khazanah kerana mahu mencipta keajaiban di 1MDB..!

APa kerana ianya masih mengekalkan satu satunya nama TANAH MELAYU??? Apa jika menggunakan KTM maka tiada pihak yang boleh meragut dan merenggut seberapa banyak untung? gitu???

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bercadang supaya landasan keretapi berkembar dibuka kepada operator lain selain Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam usaha memaksimumkan penggunaan rel itu apabila siap sepenuhnya kelak.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata KTMB dijangka menggunakan hanya 30 peratus daripada operasi rel itu.

"Langkah itu membolehkan hasil lebih besar dijana menerusi persaingan dan bayaran perkhidmatan daripada operator lain," katanya pada Majlis Kesyukuran dan Terima Kasih anjuran Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) di sini, Isnin.

Beliau berkata cadangan itu masih di peringkat perbincangan sebelum dikemukakan kepada kerajaan.
Turut hadir Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan.