Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan akhirnya mengakui Barisan Nasional (BN) masih belum bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pengakuan Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno itu dibuat selepas dikritik kerana menunjukkan sikap sombong dan sambil lewa terhadap teguran bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai keupayaan BN.
Selepas kena boo di dalam persidangan UMNO Bahagian sendiri barulah penuh otak budak ni..! Sebagai Timbalan Ketua Bahagian tentu mamat ni tak berfungsi dan gagal meyakinkan ahli UMNO didalam bahagiannya sendiri..! itu sebab kena sorak..!
Jika di Bahagian sendiri pun tidak mampu meyakinkan..! tidak diyakini..! bagaimana mahu menerangkan isu dengan penuh yakin kepada seluruh bahagian didalam negara..!
Nasib baik bertanding di Pontian yang mempunyai ahli parti yang taat dan setia menggerakkan jentera untuk mempastikan Mad menang sebagai Ahli Parlimen.
Dengan sendiri membawa maksud calon yang dipilih oleh Najib bukan bererti popular dan di sukai oleh ahli..! Menang kerana ketaatan dan kesetiaan parti..!
Jentera parti yang mantap berjaya menarik sokongan rakyat dan pengundi..!
Kalau itu menjadi ukuran bermakna kemenangan Mad bukan kemenangan Najib..! Ianya kemenangan ahli dan rakyat yang sayang dan taat kepada parti..!
Faham tak? Jangan perasan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
