Memaparkan catatan dengan label mahfoz nak mati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahfoz nak mati. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Oktober 2010

Mahfoz Nak Mati Rupanya...Satu Lagi Pilihanraya!!!




Bagi akal yang waras kita akan insaf dengan ucapan bajet yang dibentangkan oleh YAB PM petang tadi...maka kalau ada yang sinis dengan ucapan tersebut jelaslah bahawa akal tak waras! gila!


125. Kita bukannya saudagar mimpi yang memperdagang dogengan. Kita adalah parti pembina harapan yang berpijak dibumi nyata. Apa yang kita capai bukanlah secara tidak sengaja, ibarat bulan jatuh ke riba, tetapi ia hasil dari perencanaan yang jelas, ketegasan pelaksanaan, perancangan yang rapi serta pengorbanan yang tinggi.

126. Percayalah, bahawa Kerajaan tidak akan mengambil jalan mudah dengan menggadaikan kepentingan negara jangka panjang demi populariti jangka pendek. Yakinlah, bahawa kita tidak mahu mewariskan negara yang bermasaalah kepada generasi akan datang.

127. Lantaran itu, rakyat perlu insaf bahawa masa depan mereka dan anak anak adalah terlalu bernilai dan mahal harganya untuk diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.


128. Sesungguhnya bajet kali ini merupakan bajet ke 53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh Kerajaan dan parti yang sama. Melalui 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang dan satu Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi bingkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia diambang status negara maju berpendapatan tinggi.

129. Ingatlah bahawa, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, disini kita dilahirkan, disini kita membesar, disini kita mencari rezeki, disini kita mencipta kejayaan dan disinilah dengan Takdir tuhan kita akan bersemadi.


130. Kepada Mu Ya Allah, dipanjangkan doa dan dipohon kekuatan, mudah mudahan segala usaha hamba hamba Mu ini beroleh keberkatan.


Tuan Yang Dipertua,
saya mohon mencadangkan.

Masa ini dewan begitu hening dan ahli ahli Parlimen BN terutamanya dilihat begitu insaf mendengar kesungguhan yang diungkapkan oleh YAB PM, sejurus itu semua penyokong Kerajaan menepuk meja tanda menyokong akan ucapan bajet tersebut.


Dikala inilah si Mampoz mencelah dengan mengatakan ' bajet terakhir bagi tahun ini ', kita faham bahawa si Mampoz ini sedang menyindir tetapi sebenarnya si Mampoz sedang berdoa yang beliau sedang mendengar bajet yang terakhir bagi diri beliau sebenarnya pada tahun ini...

Kesian mamat Mampoz ni, dah nak mati rupanya...sebagai orang Islam penulis sedekah fatihah dululah...Pilihanraya lagi ker?


Lu Fikir La Sendiri!!!