Memaparkan catatan dengan label mahfudz mp kunan najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahfudz mp kunan najib jahanam. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Oktober 2016

HOT ~ Najib Gila Kuasa Atau Gila Berkuasa..?


Fahamkan...

_Kenyataan media_
*MINTA NAJIB LETAK JAWATAN PM, BUKANLAH GILA KUASA CUMA TAK NAK ^ORANG GILA^ BERKUASA*
1.Saya terkejut membaca komen dan respon *_Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan), Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno_* terhadap kenyataan saya semalam yang bertajuk, *_"paling tidak Majlis Raja-Raja boleh memperakui kandungan Deklarasi Rakyat dan menyatakan hilang kepercayaan terhadap PM Najib"_*.
2.Yang menghairankan saya *_Ku Nan faham atau tidak_* kandungan kenyataan saya. *_"Saya hanya minta Majlis Raja-Raja memperakui dokumen Deklarasi Rakyat dan menyatakan hilang kepercayaan kepada Najib sebagai PM"_*.Saya *_tak suruh pun Najib letak jawatan_* atau suruh Majlis Raja-Raja pecat Najib. *_Jelaskan apa kadungan kenyataan saya_*. Terpulanglah pada Najib kalau beliau *_'gila nak terus berkuasa'_* beliau boleh teruskan. Saya dan rakyat hanya mahu lihat *_PM Malaysia bukan dari kalangan 'orang gila yang berkuasa'_*.
3.Ku Nan kata saya ni *_'gila kuasa' minta PM Najib berundur_* atau di pecat.
*_Ku Nan dalam kenyataan semalam berkata ,"Kalau nak (tukar Perdana Menteri),tunggulah sampai Pilihanraya Umum akan datang"_*
Adakah Ku Nan sudah nyanyuk atau lupa?, *_Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah 'letak jawatan' tanpa tunggu Pilihanraya Umum_*.Najib ambil alih jawatan PM dari Pak Lah bukan melalui Pilihanraya pun tetapi melalui *_krisis kepercayaan kepimpinan terhadap Pak Lah yang memaksa Pak Lah berundur_*.Sama situasi sekarang dimana *_Najib berdepan dengan krisis kepercayaan kepimpinan dari kalangan rakyat Malaysia dan Umno_*.
4. *_Ku Nan kena faham_*, jika PM Najib berundur sekarang penggantinya sudah tentu akan mendapat *_sokongan majorati_* Ahli Parlimen. *_Dari segi bilangaan Ahli Parlimen masih lagi Umno/Bn mengatasi parti-parti lain_*. 
*_"Persoalannya kenapa Ku Nan tidak mahu tukar orang lain dikalangan Ahli Parlimen Umno yang 'siuman' untuk mengganti Najib yang gila berkuasa.Agaknya sudah tidak ada lagi di kalangan Ahli Parlimen Umno yang tidak gila boleh jadi PM,atau kepimpinan Umno dah jadi macam 'wad gila'"_*.
*_#DemiRakyat_*
*_#RakyatTakNakOrangGilaBerkuasa_*
*_#SelamatkanMalaysiaDariOrang GilaBerkuasa_*
*_#RakyatHakimNegara_*
*_#SelamatkanMalaysia_*

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
_Ahli Parlimen Pokok Sena_
6.15pm Taman AlWalid Alor Setar
13 Okt 2016/12 Muharam 1438H


Apa pun rakyat kena berhentikan keGILAaan ini dalam PRU yang akan datang..!

Bila?

Lu Fikir La Sendiri!!!