Memaparkan catatan dengan label maksud rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maksud rasuah. Papar semua catatan

Ahad, 13 September 2015

Definasi Rasuah Malaysia..!


Nampaknya dunia kena belajar dari Malaysia berkaitan definasi rasuah..! Kata SPRM...

Istilah derma perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh dan bukan hanya dinilai sebagai rasuah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Beliau menegaskan, semua pihak perlu memahami maksud sebenar istilah itu seperti yang termaktub mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Dalam akta kita ada perjelaskan, apa itu bentuk suapan (dalam bentuk) derma, pinjaman, wang hadiah.

"Namun, ia tidak boleh dilihat dari segi lateral. Contohnya, tengok sahaja, sudah cakap rasuah, tengok sahaja, sudah cakap rasuah," katanya semasa sidang media selepas menghadiri Kolokium Tadbir Urus dan Integriti Kerajaan Melaka Ke Arah Ikrar Integriti di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia d Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di ibu negara.

sumber

Walaupun telah termaktub didalam Akta namun ianya hanya terbukti rasuah apabila seseorang yang berkuasa mengenainya mengakui dan menerimanya sebagai rasuah..! Contoh macam kat atas tu..!

Jika tidak? ianya tidak rasuah malah amal kebajikan yang perlu dicontohi oleh masyarakat dunia..! Walaupun berjuta rakyat didalam negara ini melihatnya sebagai rasuah dan tindakan salah namun ianya tetap bukan rasuah..! 

Ingat ianya bukan rasuah kerana yang berkuasa ke atasnya berkata sedemikian..! Itu makna rasuah yang wajar kita anuti dan telah berjaya diamalkan oleh segolongan puak  didalam negara..!

Jadi masyarakat dunia juga harus mencontohi kita..! Jangan banyak bunyi..!

Tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!