Bukan sahaja tak hantar bantahan malah berkata Malaysia akan memberikan sokongan dan bantuan..!
Sampai sekarang tak dengar pulak si Pandi pergi berjumpa dengan pihak DoJ..! Takde pulak Amrin Audit atau PAC pergi untuk mendapat penjelasan lanjut bagi membawa balik harta dan duit negara yang telah dibekukan hasil dari rompakan? Kenapa AG, Khaled PDRM, SPRM dan Bank Negara tidak mengambil langkah untuk bertukar dokumen dan bukti bagi memperkukuh tuduhan terhadap penjenayah?
Kalau semuanya tipu, bohong, fitnah dan tuduhan jahat kenapa Malaysia senyap sepi? kenapa tak buat bantahan..! Mana bantahan diplomatik? mana tindakan lanjut? atau semuanya seronok pegang buah yang sedia lanjut???
Komplot media AS jatuhkan PM? Tak masuk akal, kata Duta
Beberapa pemimpin Malaysia sejak kebelakangan ini menuduh Amerika Syarikat (AS), media atau orang-orang Yahudi berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menjejaskan kestabilan kerajaan.
Namun, memandangkan hubungan baik antara kedua-dua negara, sebarang dakwaan yang berkisar cubaan AS menggulingkan Najib dianggap 'tidak berasas', ujar Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y Yun.
Yun berkata demikian kepada Malaysiakini dalam wawancara di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam.
"Hubungan baik ini meliputi tahap tertinggi kerajaan dan setiap menteri dan pegawai Malaysia yang saya temui benar-benar mahu membina hubungan antara kedua-dua kerajaan.
"Jadi, teori sedemikian bagi saya benar-benar tidak berasas dalam realiti dan kredibiliti. Saya juga tidak serius melihat perkara ini dan lihat kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil dakwaan itu secara serius," jelas Yun lagi.
Pada bulan Ogos yang lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Haron mendakwa penfailan Jabatan Keadilan (DOJ) AS berkaitan skandal 1MDB adalah sebahagian helah politik bagi menjatuhkan Najib dan menyingkirkan pemimpin Melayu dari tampuk kuasa.
DOJ menerusi Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi memohon untuk mendapatkan aset bernilai AS$1 bilion di AS yang didakwa mempunyai kaitan dengan 'kecurian dana' daripada dana pelaburan milik kerajaan Malaysia.
Namun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak pula dengan pantas menolak sebarang konspirasi sedemikian oleh kerajaan AS dan menyatakan tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan atas media negara itu.
Pada bulan lalu, menteri berkenaan menuduh The Wall Street Journal dan The New York Times cuba mencemarkan nama baik isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor demi memburuk-burukkan imej Malaysia, menjejaskan kestabilan kerajaan dan menjatuhkan perdana menteri.
Tetapi teori Salleh itu juga tidak mempunyai kredibiliti, berkata Yun.
"Saya tidak fikir ianya munasabah. Maksud saya, tugas media adalah menyiasat. Itu tugas mereka. Jadi, saya tidak fikir ada apa-apa agenda di pihak media," kata Yun yang bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai duta Amerika Syarikat minggu depan.
Ditanya jika dakwaan sedemikian menjejaskan hubungan AS-Malaysia setelah ianya datang daripada para pemimpin negara, Yun menambah: "Setiap orang bebas untuk bersuara. Walau menteri boleh menyatakan pendapat mereka."
Sebab tu pemimpin negara ni takde nilai di mata dunia..! memang semua orang berhak bercakap tapi kalau sekadar suka nak bercakap takde beza lah dengan orang gila..!
Lebih lagi kalau bercakap kerana nak mengampu dan menipu..!
Baru betul merapu...! Penyapu..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

