"Saya telah berjumpa dengan beliau dari hati ke hati pagi tadi (Isnin). Saya telah beri pengakuan bahawa kita akan selalu bincang dari hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa dan kukuh supaya tidak ada pihak yang memecah belahkan parti kita terutama sekali saya dan timbalan," kata #NajibRazak
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat MT petang semalam.
Next..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kuala Lumpur – Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isnin melahirkan sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti itu.
Datuk Seri Najib berkata barisan MT UMNO mahu supaya presiden dan timbalan presiden serta pimpinan tertinggi parti bersatu dalam satu pasukan dan mengambil tindakan positif untuk kukuhkan lagi kedudukan parti itu dan Barisan Nasional (BN) di sisi rakyat.
“Dengan keputusan itu, maka MT (UMNO) juga kata kalau ada isu berbangkit, MT harap mereka diberi peluang untuk menyumbang idea bernas dan positif supaya sebarang isu berbangkit boleh ditangani dan diberi penyelesaian yang sewajarnya,” kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

