Memaparkan catatan dengan label muhyiddin najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muhyiddin najib. Papar semua catatan

Isnin, 27 Julai 2015

Beza Jihad Dan Khianat..!


Apabila Muhyiddin bercakap benar dan berterus terang semalam maka para penjilat berbayar mengutuk dan mencerca beliau dengan label pengkhianat..! 

Apabila bercakap benar akan dilabel pengkhianat..!
Apabila bercakap mengikut denyut nadi rakyat dilabel pengkhianat..!
Apabila menyuarakan keresahan rakyat akan dilabel pengkhianat..!

Sewaktu Muhyiddin menggerakkan usaha menaikkan Najib menggantikan Paklah para penjilat berbayar kata Muhyiddin terbaik..! Muhyiddin berani..! Muhyiddin pemimpin sejati..! Muhyiddin sayang parti..! Itu dulu dan bukan hari ini..!

Tapi sejak semalam hingga ke berita ini dibaca keluh kesah rakyat yang mahukan jawapan akan permasalahan yang menggejala negara sekarang ini seakan terubat dengan kebenaran yang disampaikan oleh Muhyiddin..! Rakyat berasa bahawa masih ada lagi pemimpin yang berani, jujur dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara..! 

Para penjilat berbayar tak payah bersusah payah membuktikan kebiadapan masing masing dengan kenyataan Muhyiddin..! Muhyiddin tahu apa yang beliau lakukan..! Muhyiddin bertanggungjawab..! Muhyiddin sebenarnya telah memberikan tengkuk kepada ahli parti dan penyokong kerajaan yang selama ini tunduk merunduk dek kerana hilang muka dan terbungkam bicara..!

Muhyiddin ialah pemimpin dan pejuang yang tahu bahawa parti dan kerajaan yang beliau anggotai perlu diselamatkan..! Menyelamatkan parti dan kerajaan hari ini bermakna menyelamatkan bangsa dan negara..! Menyelamatkannya bermakna menyelamatkan agama..! Muhyiddin sebenarnya sedang berjihad..!

Sekaligus membuktikan bahawa mereka yang menghina dan mencerca Jihad yang diperjuangkan oleh Muhyiddin seperti penjilat berbayar lakukan adalah pengkhianat sebanar..! Pengkhianat kepada perjuangan Agama, Bangsa dan Negara..! 

Penjilat berbayar juga tak perlulah menjadi pemecah kepada hubungan baik yang selama ini terbina diantara Muhyiddin dan Najib. 

Sesungguhnya jasa Muhyiddin la yang menyebabkan Najib menjadi Perdana Menteri dan kekal selesa sehingga kini..! 

Penjilat berbayar bukan sahaja tiada jasa kepada Najib malah menerima laba dan menikmati hidup dari usaha yang Muhyiddin lakukan serta pertahankan hingga kini.

Reti reti la bersyukur kalau pun tak reti berterima kasih..! Kan jelas siapa sebenarnya yang berJihad dan siapa pula yang menjadi pengkhianat..!

Lu Fikir La Sendiri!!!