Memaparkan catatan dengan label mukhriz mahathir naib presiden umno pemilihan 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mukhriz mahathir naib presiden umno pemilihan 2013. Papar semua catatan

Ahad, 13 Oktober 2013

VP UMNO - Mukhriz Bakal Kalah..!


Melihat kepada 'trend' pemilihan diperingkat sayap semalam, 2 perkara yang boleh kita kongsikan bersama dalam kaitan kepada calon Naib Presiden no 5 ini...

Pertamanya para perwakilan lebih menekankan aspek pengalaman dan hubungan yang sedia terjalin diantara mereka. Oleh kerananya Shahrizat dan Khairi dilihat agak mudah menumbangkan pencabar mereka.

Keduanya kekalahan calon dari Kedah. Suraya EXCO kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh Menteri Besar Dato Mukhriz Tun Mahathir tewas ditangan Azizah Md Dun dari Sabah diperingkat Naib Ketua Wanita. 

Norsabrina juga tewas kepada Zahida dalam merebut tempat sebagai Naib Ketua Puteri UMNO. Norsabrina juga seorang wakil rakyat dan EXCO didalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

Kedua dua calon Kedah dan juga EXCO kepada Mukhriz gagal meyakinkan para perwakilan walaupun kehadiran mereka dengan pakej jawatan sebagai wakil rakyat dan EXCO kerajaan negeri. 

Dipihak Wanita UMNO mungkin kehadiran Suraya boleh menyebabkan para 'makcik' silau dengan tenaga mudanya manakala pengalaman dan jawatan yang ada kepada Sabrina gagal menarik dan memikat para penggemar baju ketat didalam pergerakan Puteri UMNO.

Kalau asas ini diangkat keperingkat Naib Presiden yang sedang hangat lagi hangit kini tentunya senario 'sembang' orang Kedah selama ini bakal membuatkan dahi Mukhriz berpeluh.

Mukhriz ditolak bertanding ke peringkat VP bukan kerana UMNO Kedah sayang dan mahukan dirinya disitu tetapi ianya merupakan satu lagi jalan dan langkah segera untuk menolak dan mengenepikan kepimpinan Mukhriz yang baru bertapak di negeri jelapang padi itu. Kalau teori ini benar tentunya segala tepukkan yang diterima disetiap majlis yang beliau hadiri hanya sekadar kosmetik semata mata.

Selain itu, melihat kepada hubungan dan pengalaman yang perwakilan UMNO tekankan pasti kekosongan di peringkat VP seakan akan tiada. Ketiga tiga calon yang mempertahankan jawatan tentunya akan segera kembali untuk duduk di kerusi mereka bagi sepenggal lagi.

Sejauh mana nasib Mukhriz ditangan perwakilan UMNO dalam tempoh seminggu ini? Apakah slogan berani berubah yang dibawanya hanya sekadar gurauan untuk menantikan saat rebah dirinya pada hari penentuan nanti? apa pun politik adalah seni 1001 kemungkinan..! kita saksikan..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!