Semua tahu bagaimana rapatnya Shahrir dan Musa..! Malah rakyat Malaysia tahu Musa la mentor politik kepada Shahrir..! Shahrir perlu berbuat sesuatu..! Shahrir yang dikatakan oleh WSJ pernah menerima wang 1 Juta dari Najib perlu membantu bosnya itu dalam mendepani watak terbaru yang dilihat menentang Najib..!
Soalnya..mampu ke Shahrir berdepan dengan Musa?
Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diasaskan Tun Abdul Razak kini hanya dijadikan alat oleh anaknya Datuk Seri Najib Razak bagi meraih undi Melayu luar bandar.
Dalam buku terbaharunya “Frankly Speaking”, Musa turut mempersoalkan pelantikan individu yang terpalit dengan tuduhan rasuah bagi mengetuai Felda.
Musa, yang pernah mempengerusikan Felda, berkata Najib menjadikan Felda sebuah syarikat yang disenaraikan dengan harapan dapat meraih sokongan pengundi luar bandar melalui tawaran saham.
“Perkiraan politiknya mudah. Sekiranya Najib menggunakan Felda mendapatkan sokongan Melayu, peluangnya kekal berkuasa adalah baik. Malangnya, Felda kini menjadi masalah serius kepada kerajaan,” katanya, yang menjelaskan nilai saham Felda jatuh daripada RM5.39 pada Jun 2012 kepada RM1.54 setakat Mac tahun ini.
Katanya walaupun harga kelapa sawit sedunia memainkan peranan dalam kejatuhan nilai saham Felda, ia turut dilanda masalah salah urus dan rasuah.
Dalam buku setebal 443 muka surat itu, Musa turut mempersoalkan kriteria pelantikan jawatan tertinggi Felda.
“Felda kini ditadbir seorang pemimpin kanan Umno yang pernah digantung keahlian Umno selama tiga tahun kerana mengamalkan politik wang,” kata Musa, dipercayai merujuk bekas naib presiden Umno Tan Sri Isa Abdul Samad, yang dilantik pengerusi Felda pada 2010, dua tahun selepas tamat tempoh penggantungannya.
Nasib Tabung Haji
Musa melahirkan kebimbangan nasib Felda akan menimpa Lembaga Tabung Haji yang diilhamkan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bagi membantu umat Islam menunaikan haji.
“Saya seorang pemegang akaun Tabung Haji, tetapi kalau pun bukan, saya tetap akan bimbang,” tulis beliau merujuk kontroversi pembelian tanah daripada 1MDB pada harga tinggi.
“Najib seakan tidak ada jawapan untuk semua masalah ini,” tambah Musa.
Tambah menyebabkan Shahrir dan Najib menggaru kepala apabila Musa dilaporkan berkata..
Musa Hitam: Tiga cara untuk singkirkan Najib
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam percaya terdapat tiga cara bagi rakyat negara ini boleh menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Pertama, adalah menerusi Umno, yang hampir mustahil," tulis Musa dalam buku terbarunya bertajuk 'Frankly Speaking'.
Menurut penganalisis politik, kedudukan Najib dalam Umno adalah selamat selepas menyingkirkan penentangnya seperti bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau dijangka akan kekal sebagai pemimpin parti itu sehingga survival politiknya sendiri terancam.
Kaedah kedua, untuk menyingkirkan Najib, kata Musa adalah melalui campur tangan asing.
"Ini nampaknya jalan yang dipilih oleh ‘pergerakan’ itu (Selamatkan Malaysia).
"Pilihan ini mempunyai kemungkinan, walaupun agak pencil."
Bagaimanapun tidak jelas ‘pergerakan’ yang dirujuk oleh Musa itu, tetapi Mahathir sebelum ini dipetik oleh akhbar The Australian sebagai berkata bahawa Malaysia kini terpaksa "membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal tempatan" kerana semua saluran di negara ini telah ditutup.
Mahathir bagaimanapun menafikan bahawa beliau menggesa negara lain supaya campur tangan untuk menggulingkan Najib.
Bagi pilihan ketiga, Musa berkata adalah membiarkan rakyat membuat keputusan sendiri sama ada mereka mahu Najib berundur, melalui pilihan raya umum akan datang.
Najib kini di bawah tekanan hebat supaya meninggalkan pejabat perdana menteri berikutan dirinya terpalit dengan pelbagai skandal.
Terbaru, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika memfailkan saman sivil dan mendakwa dana bernilai lebih AS$ 3.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB.
Ia juga dinamakan "Malaysian Official 1" mendapat manfaat daripada firma itu, dan pembangkang menuding jari kepada perdana menteri.
Najib menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa komplot itu didalangi oleh mereka yang ingin menggulingkannya.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
Musa juga dalam bukunya mendedahkan apabila isu 1MDB pertama muncul, beliau adalah antara mereka yang secara terbuka menggesa perdana menteri supaya mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.
"Kira-kira seminggu selepas itu, dalam perbualan telefon, Najib secara lawak memberitahu, 'Saya masih belum bercuti'," katanya.
Musa boleh menggariskan bukan 3 malah 30 atau 300 cara untuk mengekalkan Najib...tapi kenapa Musa memilih menggariskan 3 cara untuk menyingkirkan Najib?
Ini semua ialah manifestasi kepada penolakan rakyat dan dunia terhadap Najib sebagai Perdana Menteri..! Hanya yang berakal waras dan berhati mulia sahaja yang tahu bahawa masa Najib kekal dijawatannya sudah berlalu..! Najib harus berhenti..! Najib perlu diberhentikan..!
Kalau masih ada akal dan maruah..!
Ada ker?

