Memaparkan catatan dengan label najib berhenti perdana menteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib berhenti perdana menteri. Papar semua catatan

Isnin, 17 Ogos 2015

Apa Yang Kalut?


Dulu masa desakan menurunkan Pak Lah tak pula para penjilat@pengampu sebut sebagai usaha KUDETA..! usaha menggulingkan kerajaan..! Bagi mereka dan kita semua rakyat Malaysia usaha tersebut hanya usaha untuk menukar seorang Perdana Menteri..! Usaha menukar jawatan Perdana Menteri dari Ahli Parlimen Kepala Batas kepada Ahli Parlimen Pekan..! Apa yang terguling guling macam tenggiling?

Akhirnya Pak  Lah mengalah...demi kelangsungan Agama, Bangsa dan Negara Pak Lah mengambil keputusan berat tetapi mulia dengan mengenepikan kepentingan diri...


Pak lah turun dengan melepaskan jawatan Perdana Menteri tidak pulak kedengaran menggulingkan kerajaan..! tak pulak dipanggil menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang, depan, atas, bawah dan keliling..! Kerajaan BN tetap kekal memerintah..! Kekal berkuasa..!

Walhal Pak Lah sebagai Perdana Menteri boleh mengambil 2 langkah..! 

1. Bersedia dengan undi tak percaya dari Ahli Dewan dengan menghadapinya di Parlimen.

ATAU

2. Pak Lah mengadap dan menasihati DYMM Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan majlis..! membubarkan Dewan..! Adakan pilihanraya..!

Tapi Pak Lah lebih mengutamakan parti dan kerajaan..! Pak Lah sayang kan rakyat..! Pak Lah mengambil keputusan dengan turun secara terhormat..!


Kenapa BN kekal memerintah? kerana Barisan Nasional memegang majoriti kerusi Dewan Rakyat..! Bukan pembangkang..! Itu sebab yang turun UMNO manakala yang naik menjadi Perdana Menteri juga dari kalangan UMNO yang mewakili komponen Barisan nasional..!

Sekarang pun suasannya begitu..! BN tetap mewakili suara majoriti didalam Dewan Rakyat maka apa yang tersampok sampai nak menggulingkan kerajaan pulak..! Malah diberitakan dah ada yang insaf dan mahu bertemu Najib semalam petang..! tapi tak muncul pun..!

APa para penjilat@pengampu ingat rakyat Malaysia ni bodoh boleh di gula gulakan dengan sandiwara sedemikian rupa..! Isu menggulingkan kerajaan bukan isu kecil..! Tapi di wayangkan seolah olah ada pasukan budak budak yang semalam digertak kerana mahu menggulingkan kerajaan lalu hari ni insaf dan bertaubat dan mahu berjumpa Najib..! Kucing pun ketawa tergolek golek tau..!

Cukup cukup la mengaburi rakyat dengan wayang pekji yang menggelikan..! Ahli UMNO seluruh negara juga sudah berterus terang..! rakyat juga sudah lama sedar mereka di temberang..!

Tunggu apa lagi?


Lu Fikir La Sendiri!!!