Semalam semasa menjawab soalan wartawan berkaitan isu panas yang melanda Najib dilaporkan berkata 'tiada apa apa..! semua macam biasa'..!
Rakyat dan dunia sebenarnya terus terusan memerhati dan menilai sikap pemimpin dan kerajaan Malaysia dalam mendepani isu skandal 1MDB ni..! Sejauhmana luncai terjun dengan labu labunya..!
Hakikatnya...
Pembangkang: Najib berada dalam penafian terhadap laporan DoJ.
Penafian Najib terhadap isu yang didedahkan oleh DoJ boleh membawa implikasi negatif kepada kebajikan rakyat selain merisikokan negara.
Sudah tiba masanya untuk Datuk Seri Najib Razak mengakui “Malaysian Official 1” (MO1) yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) AS adalah dirinya dan 1MDB terlibat secara langsung dalam laporan itu, pesan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Beliau dalam satu temuramah dengan FMT berkata, penafian oleh Perdana Menteri berhubung perkara itu akan hanya mengecewakan siasatan antarabangsa serta menghalang siasatan dalam negara.
“Dia berada dalam penafian dan ia membawa implikasi negatif kepada kebajikan rakyat selain merisikokan negara. Justeru eloklah beliau tampil menjelaskan perkara itu secara jujur,” katanya.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang bersetuju dengan Tian Chua berkata laporan DoJ dengan jelas menyatakan dana amanah awam negara telah digunakan dengan disalurkan ke dalam akaun bank peribadi seorang individu.
“Beliau (Najib) berada dalam penafian. Beliau terlibat dalam penipuan terbesar terhadap sebuah negara. MO1 disebut beberapa kali dalam laporan itu dan adakah beliau cuba menafikan dirinya bukan MO1?” katanya kepada FMT.
Santiago berpendapat kenyataan itu ditujukan kepada Umno untuk mengubah tumpuan ahli Umno terhadap kaitannya dengan 1MDB dan laporan DOJ dengan menimbulkan isu lain.
Dalam sidang akhbar di Hotel Empire Subang di sini hari ini, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “pembohongan demi pembohongan” yang dikemukakan oleh pemimpin di negara ini menunjukkan mereka berada dalam penafian.
“Ada pihak yang cuba untuk menafikan kebenaran tetapi laporan DoJ dibuat berdasarkan bukti kukuh.
“Kenyataan mereka menunjukkan kononnya rakyat bodoh tetapi ia sebenarnya menjelaskan betapa tidak bijaknya mereka mengeluarkan sesuatu kenyataan.”
Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Najib memberitahu laporan DoJ langsung tidak menamakan 1MDB.
Tambahnya, ini bermakna firma pelaburan awan negara tidak terlibat secara langsung dalam saman sivil yang difailkan oleh DoJ, sekali gus mengesahkan tiada aset milik 1MDB yang berada di Amerika Syarikat.
Tambahan lagi...
Dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa 1MDB tidak terlibat secara langsung dalam tuntutan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) adalah "mengejutkan" kerana dana tersebut disebut dalam keseluruhan dokumen mahkamah, kata DAP.
"Malah tanpa 1MDB, saman DOJ sebanyak 136 halaman tidak boleh berdiri dengan sendirinya dan akan runtuh.
"'1MDB' adalah bertaburan di seluruh laporan 136 muka surat itu, dan dalam 20 muka surat pertama, terdapat lebih daripada 130 rujukan.
"Maka bagaimanakah Najib boleh mengatakan bahawa 1MDB tidak terlibat secara langsung dalam laporan DOJ itu?" kata pemimpin DAP Lim Kit Siang dalam ucapannya di majlis makan malam di Johor Bahru malam tadi.
Najib yang juga presiden Umno dilaporkan berkata pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur bahawa 1MDB tidak mempunyai aset di Amerika Syarikat dan tidak dinamakan secara langsung dalam laporan itu.
"Najib tidak harus memperbodohkan rakyat Malaysia," kata Lim yang juga ahli parlimen Gelang Patah.
Lim berkata Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta E Lynch pada sidang media beliau pada 20 Julai juga menyebut mengenai 1MDB.
"[Dia berkata] 1MDB 'berhasrat untuk mengembangkan ekonomi Malaysia dan membantu rakyat Malaysia. Sebaliknya, ia dicuri, 'dicuci' melalui institusi kewangan Amerika dan digunakan untuk memperkayakan pegawai-pegawai dan beberapa sekutu mereka," katanya.
Makin terserlah kebodohannya yer..! Bodoh berjemaah pulak tu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!