Memaparkan catatan dengan label najib gagal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib gagal. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Jun 2016

Najib Pelajar Gagal ~ Tun M..!


Layan...

Najib seorang 'pelajar' yang gagal, dakwa Dr M

Sejak melancarkan kempen menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakar semula pertempuran politik, menyediakan laskar dari kedua-dua pihak yang bertentangan.
Sekarang ini, beliau melancarkan serangan terbarunya menggunakan organ parti DAP, Roketkini.
Dalam wawancara eksklusif organ media atas talian itu, Mahathir ditanya mengenai peranan beliau selaku mentor kepada Najib.
Ternyata sebagai 'guru' yang kecewa, Mahathir berkata : "Banyak orang belajar daripada saya, bukan semua ikut. Yang ni (penuntut) yang gagal. Yang ni (Najib), niat dia lain."
Mahathir turut menempelak Umno dan mengadu mengenai budaya rasuah yang membelenggu negara.
Bekas presiden Umno yang keluar parti sebagai protes terhadap Najib, mendakwa pemimpin cawangan menghalang mereka yang berkaliber untuk menyertai Umno.
"Ketua cawangan UMNO, dia tak bagi orang yang ada kaliber masuk. Bila dia mati, siapa yang ganti dia? Orang lagi bodoh daripada dia. UMNO (sekarang) telah mengecut menjadi parti yang dipimpin orang bodoh, tak ada prinsip,” katanya.
Mengenai isu rasuah pula, Mahathir mendakwa kakitangan kerajaan belajar daripada ahli politik.
"...Pegawai kerajaan sekarang pun ambil duit sebab dia tengok pemimpin boleh ambil berbilion, tak kan dia tak boleh ambil sejuta, dua?” tambahnya.
Dalam wawancara itu, Mahathir turut menggariskan perbezaan antara beliau dengan Najib.
“Najib hutang. Saya tak hutang. Saya peruntukkan duit kerajaan, bukan untuk saya. Bila sudah ada peruntukan, penjawat awam lah punya kerja. Saya tak terlibat mengubah duit itu ke sana sini,” katanya, melepaskan berdas-das tembakan suara terhadap Perdana Menteri. 
“Najib adalah principal dalam 1MDB. Nak buat apa pun mesti dapat tandatangan dia. Dialah CEO dalam 1MDB, walaupun dia panggil diri dia penasihat.”
Dalam pada itu, bekas ahli parlimen Kubang Pasu yang kini berusia 91 tahun itu juga berikrar untuk turun berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Semuanya kerana 3 ta..! harta..! wanita dan tahta (kuasa)..!
Lu Fikir La Sendiri!!

Rabu, 19 Ogos 2015

Najib Akui Negara Tak Gagal TAPI..!!!


Malaysia memang sejak sebelum merdeka hingga mengecap kemerdekaan berjaya dengan kemajuan dan kemodenan tidak pernah berundur dan berhenti dari melangkah maju dan berjaya..! Malaysia sebagai sebuah negara tidak pernah GAGAL..!

Setiap dari kita sebagai rakyat biasa mahu pun pemimpin boleh berbangga dengannya..!

Malaysia bukan negara yang gagal seperti dakwaan yang disebarkan kerana banyak kerangka nilaian antarabangsa meletakkan negara ini pada kedudukan yang unggul, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Negara tak gagal..! yang gagal manusia..! yang gagal individu..! Gagal kerana dari memperoleh 140 majoriti kerusi turun ke 133 kerusi ( sebelum menang di Teluk Intan ).

Gagal kerana menurunkan tak kurang 7 orang setiausaha politik dan pegawai di PMO sedangkan yang berjaya hanya seorang di Kuala Selangor dalam PRU yang lalu..! 

Gagal kerana menutup kementerian yang menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera namun melebihkan kepentingan puak yang menolak Barisan Nasional didalam PRU yang lalu..!

Gagal mempertahankan kemakmuran negara dengan terjadinya kejadian Lahad Datu, MH370. MH17 dan banyak lagi hingga alam pun dilihat bosan bersahabat apabila dilanda musibah banjir besar hingga la patahnya puncak Kinabalu..!

Nilai ringgit, warga asing, harga barang dll lagi..!

Gagal itu, gagal ini..! kesemuanya hanya kerana kegagalan seseorang..! kegagalan individu..! Bukan kegagalan rakyat dan negara..! 

Kalau dah tahu gagal tunggu apa lagi..!

Lu Fikir La Sendiri!!!