Memaparkan catatan dengan label nik abduh nik aziz wakil rakyat pru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nik abduh nik aziz wakil rakyat pru. Papar semua catatan

Ahad, 3 Jun 2012

Selepas Din Pudu...Nik Abduh Minta Bapanya Nik Aziz Berhenti..!

tidur jer ni..bukan nazak!
Bagi Nik Abduh jelas bahawa tujuan perjuangan politiknya ialah menjawat jawatan sebagai Ahli Yang Berhormat! oleh kerananya mungkin beliau sendiri akan menasihati dan mendoakan bapaknya agar berundur dari bidang politik kerana keuzuran dan kebebalan yang semakin terserlah akhir akhir ini..!

Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik khususnya untuk menentang Umno.

“Saya sudah sedia jadi calon sejak 10 tahun dulu, saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno,” katanya.

Baru-baru ini, dalam wawancara bersama Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan Nik Abduh dicalonkan dalam PRU13 atas kapasiti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat.

Bagaimanapun, Nik Amar berkata, keputusan itu bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dan Pas Pusat yang akan menentukan kedudukan akhir senarai calon terbabit.

Antara kerusi dikaitkan dengan Nik Abduh adalah Parlimen Kubang Kerian setelah penyandangnya yang juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub disahkan berpindah ke Johor.


Satu perkara lagi ialah trick menghalau Din Pudu ke Johor juga telah membuka seluas luasnya peluang untuk Nik Abduh bertanding di Kubang Kerian. Setakat ini kerusi Kubang Kerian seakan pasti milik hamPAS. Nik Abduh pun tahu...selama ini beliau mampu bersabar takkan nak masuk bertanding hanya untuk kalah!

Modal bawa baju bersih ke Mekah hari tu pun kena ambik kira beb..!

Lu Fikir La Sendiri!!!