Nik Aziz diberi 4 hari..kalau tak minta maaf?
Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) hari ini memberi tempoh empat
hari kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya
meminta maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menghina
masyarakat Orang Asli yang berdemonstrasi di hadapan pintu masuk
pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kota Baharu Ahad lepas.
Pengerusi JOAS Kelantan, Azmi Badol berkata jika tidak, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Nik Aziz.
"Kami rasa terhina apabila mendapat tahu Nik Aziz menganggap kami
bodoh dan tidak tahu bagaimana hendak menempah bas sendiri dan
menanggung kos tempahan bas itu. Beliau juga mengatakan kami ini bukan
orang Kelantan.
"Ini bukan masalah Orang Asli di negeri lain... ini masalah Orang
Asli negeri Kelantan, ini adalah tentang nyawa kami," katanya kepada
sidang media di sini, Jumaat.
Tua kutuk ni main cakap ikut sedap mulut..! masaalah tak juga dia selesaikan..yang dia reti spin isu..itu jew! kena sumpit kang baru tau!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

