Memaparkan catatan dengan label pemilihan umno naib presiden umno 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemilihan umno naib presiden umno 2013. Papar semua catatan

Selasa, 3 September 2013

Jawatan Naib Presiden UMNO Makin Sengit...! Apakah Akal Budi Menjadi Asasnya?



persaingan naib presiden bakal menjadi antara yang tersengit.

zahid hamidi terus kekalkan momentum di hadapan dan menjadi pilihan utama kerana ketidakpeduliannya melanyak penyangak dan pembangkang kiri dan kanan disukai majoriti bangsa melayu.

shafie apdal bakal mendapat saingan sengit untuk mendapat majoriti undi sabah sekiranya musa aman ataupun saleh said keruak masuk.

namun di kala ini, shafie punyai slight kelebihan kerana kementeriannya membabitkan pelbagai bahagian umno di semenanjung. arguement ini walaupun nampak berasas, namun dalam politik segalanya mungkin.

Baca lanjut di blog otai GAP disini.

Walau siapa pun biarlah mereka yang boleh menjaga wadah perjuangan bangsa ini iaitu parti UMNO, kerana dengan keikhlasan sahaja para pemimpin ini akan mengangkat darjat, harakat dan martabat agama, bangsa dan menjaga kedaulatan negara.

Jangan sampai Melayu berdagang di tanah tumpahnya sendiri. Sekarang ni bangsa Melayu dan umat Islam nak bekerja dengan memakai tudung pun ditolak mentah mentah oleh orang lain.



Baca lanjut berkaitan penghinaan ini di blog kita anak melayu.disini.

Ada ke perasaan dikalangan para pemimpin UMNO kini? apa yang Menteri agama buat untuk membetulkan salah fakta dikalangan para peniaga ini? 

Apa yang Menteri agama dan Menteri Komunikasi buat dengan menggejalanya babak seks bebas didalam drama dan filem tempatan? Apakah masih ada perasaan dikalangan pemimpin UMNO kini?

Banyak sungguh isu isu yang begitu mendesak para pemimpin untuk tampil kehadapan dan menjuarainya bagi mempertahankan maruah bangsa?

Apakah kewajaran pemilihan ahli UMNO kali ini?
Apakah akal budi menjadi asasnya?

Lu Fikir La Sendiri!!!