Memaparkan catatan dengan label pemimpin syok sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemimpin syok sendiri. Papar semua catatan

Selasa, 27 Oktober 2015

Dengar..! Dengar..! Dengar..!


Patut la bertumbuk orang ramai berebut mendapatkan naskah suratkhabar mereka pagi ni..! Ada berita sensasi rupanyanya..! 

Jangan main main weii..! Orang lain lu boleh langsi tapi abang Taj lu jangan main main bro..!

Itu baru buka sikit jer langkah tu..! Belum buka langkah seribu lagi tu..!!!

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu percaya dan yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana setiap pemimpin memiliki cara dan corak kepimpinan yang tersendiri.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semasa memberi peringatan ini berkata bekas timbalan perdana menteri itu juga tidak seharusnya mengungkit perkara berhubung sokongannya kepada Najib.
"Kita sebagai orang di bawah, sama ada berjawatan, ahli biasa atau penyokong, kena menyesuaikan diri dengan pemimpin, kita pengikut, takkan pemimpin nak ikut pengikut.
"Sebagai ahli (UMNO), kita kena ada keyakinan dan kepercayaan kepada pemimpin, kalau rasa tak boleh berbuat begitu, maka bolehlah mengundur diri supaya tidak terasa ada masalah antara kita dan pemimpin," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Itu lah masaalah dengan pemimpin hari ni..! Walhal mereka dapat berada diatas kerana diangkat dan diletakkan oleh rakyat yang mereka kata orang bawahan tu..! 
Sedikitpun tidak dan gagal memahami punca dan kenapa rakyat yang selama ni menyokong dan meletakkan kepercayaan bertahun tahun kepada pemimpin tiba tiba berubah hati?
Tiba tiba rakyat marah? tiba tiba rakyat benci? tiba tiba rakyat bersatu hati menolak?
Muhasabah diri la..! Jangan terus menyalahkan kawan kita yang tiba tiba 'dingin' terhadap diri kita..! Mungkin perubahan diri kita sendiri yang menyebabkan rakan kita tadi bersikap sedemikian rupa..!
Rakyat hanya memberi reaksi..! Respon kepada apa yang sedang melanda negara..!
Takkan segala yang membelenggu negara sekarang ni boleh diselesaikan dengan pecat, bubar, buang, pindah, tangguh dan bertempoh..???
Cuba abang Taj pergi urut lutut dulu..! Mungkin elok sikit lepas ni..!
Lu FIkir La Sendiri!!!