Memaparkan catatan dengan label pencacai pemakan dedak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pencacai pemakan dedak. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Januari 2016

Ini Namanya Hembusan Dedak..!


Tindakan puak pemakan dedak dilihat terlalu terdesak@tersedak apabila cuba melagakan Muhyiddin dengan Mukhriz..! Pemakan dedak cuba menggambarkan bahawa Muhyiddin dan Shafie sudah bersekongkol dengan mereka untuk menolak Mukhriz..!

Hakikatnya jika Muhyiddin dan Shafie bersilat sekalipun diatas meja keputusan penjilat@pengampu yang ramai didalam tu tetap akan mengangguk tanda taat dan setia tanpa berbelah bagi kepada maharaja lawak mereka..!

Buat apa buang masa dan tenaga? biarkan luncai terjun dengan labu labunya..! Biarkan..!
Blog pro Datuk Seri Najib Razak, MYKMU.NET mendakwa, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak membantah cadangan pengguguran Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, semalam.
Memetik laporan blog itu, seorang Ahli MT berkata, mesyuarat semalam menerima keputusan untuk menggantikan Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah tanpa bantahan.
“Timbalan Presiden juga tidak membantah walaupun diketahui beliau dan Mukhriz dalam satu kumpulan yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri.”
Ahli MT yang tidak dinamakan dalam blog itu mengesahkan Mukhriz tidak dijemput ke mesyuarat kerana salah satu agenda mesyuarat ialah membincangkan kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.
Seorang lagi sekutu rapat Mukhriz, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal tidak hadir dalam mesyuarat semalam.
Sementara itu, tindakan Muhyiddin dan Shafie ini boleh dilihat sebagai satu perubahan dalaman UMNO yang mengukuhkan kedudukan Najib Razak dan melemahkan kem Mahathir Mohamad.
Namun terdapat maklumat, Muhyidddin akur kerana beliau sendiri mengetahui masalah dalam pentadbiran Kedah dan UMNO Kedah di bawah Mukhriz.
Gitulah modus operandi mereka untuk meyakinkan kuda belang yang sedia terhangguk hangguk..! Sedangkan semua rakyat Malaysia tahu dan masih ingat bagaimana Raja Petra ni bersungguh sungguh mengutuk dan mencela Najib dan isterinya satu ketika dulu..!
Sekarang kenapa pulak bertukar?
Lu Fikir La Sendiri!!!