PAC DEDAH ADA PENYELEWENGAN DALAM 1MDB
PAC membuat keputusan memang ada penyelewengan kongkolikong dalam pengurusan 1MDB. Ia menyalahkan CEO 1MDB yang lalu. Akibatnya seluruh ahli lembaga 1MDB meletakkan jawatan masing-masing. Apakah isu skandal 1MDB sudah beres selepas keputusan PAC? Nahe,nahe.
Banyak persoalan timbul dari keputusan PAC itu. Rakyat ingin tahu bagaimanakah Najib, selaku PM merangkap menteri kewangan meranbgkap lagi sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB menurut fasal 117 M& A syarikat itu boleh terlepas dari tindakan PAC? Apakah bukti mengatakan Najib tidak tahu menahu perjalanan syarikat gergasi yang kini menanggung hutang RM50 bilion? Bagaimanakah Najib yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB tidak disabitkan dengan pihak pengurusan 1MDB?
Menurut PAC lagi US4 bilion telah diseleweng. Najib tidak tahu? Mustahil tidak tahu. Sukar rakyat hendak percaya sepenuhnya keputusan PAC. PAC menuduh CEO yang lalu dan lembaga pengarah 1MDB yang menyebabkan bala menimpa rakyat dan negara akibat 1MDB. Apakah pihak berkuasa akan mengambil tindakan mahkamah terhadap semua ahli lenbaga atau pun mendiamkan diri saja?. Siasat jangan tidak siasat. Semua ahli lembaga termasuk Najib perlu disiasat menurut undang-undang tanpa memilih bulu.
Bukan main tersenyum bertepuk takkan tak tahu apa yang berlaku???
Sekurang kurang 6 kelemahan yang didedahkan..!
Enam kelemahan 1MDB terkantoi melalui laporan PAC
Mujur ada siasatan terhadap macam-macam dakwaan salah laku syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak beberapa tahun.
Dengan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dibantu laporan Ketua Audit Negara, sebahagian syak wasangka dan tuduh-menuduh selama ini sedikit sebanyak terungkai.
Dengan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dibantu laporan Ketua Audit Negara, sebahagian syak wasangka dan tuduh-menuduh selama ini sedikit sebanyak terungkai.
Walaupun isu ini belum tuntas, banyak dakwaan terus dilontarkan dan siasatan masih dijalankan oleh beberapa negara lain, berikut isi-isi utama laporan PAC yang diumumkan hari ini.
Menurut laporan PAC, pihak pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan lembaga pengarah ataupun mengambil tindakan sebelum mendapat kelulusan khusus daripada lembaga pengarah.
Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian kesannya terhadap aliran tunai syarikat. Banyak pula keputusan penting hanya dibuat melalui resolusi bertulis tanpa perbincangan dalam mesyuarat.
1MDB membayar deposit cagaran sekitar US$1.4 bilion (RM5.5 bilion) kepada Aabar Ltd tanpa persetujuan lembaga pengarah.
Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).
Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).
Sehingga kini, 1MDB masih belum dapat menentukan mana satu anak syarikat IPIC, Aabar Ltd ataupun Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, yang mempunyai nama mirip.
1MDB tidak mendapat kebenaran lembaga pengarahnya apabila membayar US$700 juta (RM2.72 bilion) kepada Good Star Ltd pada 2009, sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd.
Daripada US$1 bilion peruntukan untuk usaha sama tersebut, 1MDB memindahkan cuma US$300 juta ke akaun bank JP Morgan (Suisse) SA milik syarikat bersama 1MDB PetroSaudi Ltd.
Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.
Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.
Dalam tempoh empat tahun, 1MDB menamatkan khidmat dua syarikat audit terkenal Ernst & Young (EY) dan KPMG selepas mereka sering mendesak dokumen-dokumen penting.
Dokumen itu gagal diberikan oleh syarikat tersebut dan ia berbeza pendapat dengan firma-firma audit berwibawa itu.
Dokumen itu gagal diberikan oleh syarikat tersebut dan ia berbeza pendapat dengan firma-firma audit berwibawa itu.
EY diberhentikan pada 15 September 2010, sebelum 1MDB menghantar laporan kewangan pertamanya untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.
KPMG pula diberhentikan pada 31 Disember 2013 sebelum laporan bagi tahun 2013 dikemukakan, lalu digantikan dengan Deloitte.
KPMG pula diberhentikan pada 31 Disember 2013 sebelum laporan bagi tahun 2013 dikemukakan, lalu digantikan dengan Deloitte.
Kerajaan persekutuan berdepan dengan risiko sebesar RM20.3 bilion pada Oktober tahun lepas jika 1MDB gagal melangsaikan hutangnya.
Jumlah tersebut datang daripada jaminan kerajaan sebanyak RM5.8 bilion, surat sokongan untuk menjamin RM13.56 bilion dan juga kredit tunggu sedia sebanyak RM950 juta.
1MBD mendapat banyak kelebihan daripada pentadbiran Putrajaya yang tidak diberikan kepada anak-anak syarikat lain di bawah MOF Inc milik penuh Kementerian Kewangan.
Misalnya, 1MDB diberikan pengecualian cukai korporat untuk semua pendapatan selama 10 tahun sejak 23 November 2010.
Misalnya, 1MDB diberikan pengecualian cukai korporat untuk semua pendapatan selama 10 tahun sejak 23 November 2010.
Lembaga pengarahnya juga tidak mempunyai pegangan saham dan juga diberi pengecualian lain daripada peraturan kerajaan dalam aspek pengurusan bayaran perolehan, penggajian dan bonus kepada lembaga pengarah dan pengurusan.
Laporan lengkap PAC berkenaan 1MDB boleh dibaca di sini, lengkap dengan lima saranan untuk memperbaiki tadbir urus dana tersebut.
Ada berani? Pandi mana Pandi?
Lu Fikir La Sendiri!!!
