Nak jaga kedaulatan negara pun nampak kelam kabut..! Nak jaga keselamatan sendiri pun tak dapat kata putus..! Sudahnya..!!! AMARAN demi AMARAN jer laa…!!!
PT TLDM Laksamana Tan Sri Aziz Jaafar kata…
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilapor meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan 'shoot on sight' (tembak apabila nampak), susulan kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Sabtu lepas, yang mengorbankan seorang anggota polis marin dan seorang lagi diculik.
Lalu dijawab cepat oleh Menteri KDN…
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.
“Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia,” katanya hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.
Tetiba Menteri Pertahanan pulak kata…
Isu keselamatan di perairan Sabah harus ditangani menurut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengelakkan pihak tidak bersalah menjadi mangsa, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata SOP yang membolehkan langkah ekstrem diambil sudah ada namun "ada prosedur yang mesti anda patuhi".
"Maksud saya undang-undang sedia ada mencukupi untuk kita mengambil langkah segera yang belum kita teroka sepenuhnya, seperti menaiki kapal (yang mencurigakan), menahan (penceroboh)," katanya kepada pemberita pada Selasa semasa melawat Kem Marakah, ibu pejabat pasukan Malbatt 850-1, kontinjen Malaysia yang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan.
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilapor meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan 'shoot on sight' (tembak apabila nampak), susulan kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Sabtu lepas, yang mengorbankan seorang anggota polis marin dan seorang lagi diculik.
Hishammuddin berkata kenyataan Abdul Aziz mungkin dibuat kerana rasa kecewa dengan situasi keselamatan di kawasan terbabit.
"Insiden terbaharu ini sebenarnya mencabar kesabaran kita dan mungkin sebab itu PTL (panglima tentera laut) membuat kenyataan sebegitu rupa," kata Hishammuddin.
Menteri itu bagaimanapun berkata sewajarnya emosi diketepikan dalam menangani isu tersebut.
Beliau seterusnya menegaskan: "Gunakan SOP sedia ada dan kuasa yang ada pada tentera sama ada untuk menahan, board the vessels (menaiki kapal), itu dah ada peruntukannya, buat sajalah."
Beliau juga menegaskan akan pentingnya pihak keselamatan untuk berwaspada dan menjalankan tugas masing-masing sebaik mungkin bagi menjamin keselamatan perairan Sabah. - Bernama

Yang jelas PM kata…
Datuk Seri Najib Razak bersetuju tindakan tegas terhadap penceroboh perairan negara namun mahu pihak keselamatan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas mengenai cadangan ‘shoot on sight’.

Perdana Menteri berkata, SOP itu perlu mendapat kebenaran kerajaan sebelum sebarang tindakan dilaksanakan.
“Saya bersetuju tindakan yang tegas diambil (terhadap sebarang pencerobohan perairan negara).
“Namun SOP lebih jelas adalah perlu supaya tidak berlaku sesuatu tidak diingini serta dibimbangi intepretasi yang berbeza-beza bagi peringkat bawahan,” katanya dalam sidang media di seri Perdana, Selasa.
Nampak macam playsafe jer..! nak jaga keselamatan pun nak playsafe ke?
Tapi dah itu jawapan PM kan…maka Menteri dan Laksamana mahu pun Panglima ikut ajer la…!
Betul ke tidak kita pun tak tahu…! Takkan lah Pasukan Beruniform kita lemah, culas dan gagal memahami situasi. Tak ke itu menghina namanya..!!!
Sebaiknya ikut la kata para Panglima dan Laksamana tu kerana mereka memang dilatih, melatih dan terlatih untuk menghadapi situasi sebegitu..!
Jangan nanti dia orang 'letihhhhh'…!
Lu Fikir La Sendiri!!!