Memaparkan catatan dengan label pesawat vip rosmah mansor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesawat vip rosmah mansor. Papar semua catatan

Rabu, 8 Oktober 2014

HOT ! Rosmah Tak Guna..!!! - Shahidan


Kalau bab Rosmah semua akan buka mata..! yang mata tak nampak pun akan buka telinga seluas luasnya..! Itu kehebatan Rosmah..! Yang buka mulut menganga pun ramai..! 

Tapi lebih ramai lagi yang pasati terbuka mata, telinga dan mulut apabila melihat cara dan gaya Hasan buat kat atas tu..!

Terbaru ada cubaan untuk mengaitkan Rosmah dengan pesawat VIP ke Padang..! Mujur.. Shahidan Kasim menjawab bahawa Rosmah tak menggunakan pesawat tersebut..! 

Rosmah tak guna la..! faham tak? Rosmah tak guna..! tak guna la..! Apa yang nak dipanjang panjangkan lagi..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isteri PM Tak Guna Pesawat VIP Ke Padang - Shahidan

Pesawat VIP Airbus A319CJ milik kerajaan tidak pernah melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang, Indonesia pada 27 Ogos lalu.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan bahawa pada tarikh berkenaan, pesawat rasmi itu hanya digunakan oleh delegasi kerajaan ke Singapura.

Pendedahan itu sekaligus menafikan dakwaan pembangkang kononnya pesawat VIP itu digunakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk perjalanan ke Padang.

"Untuk maklumat, penumpang pesawat tersebut adalah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), isteri Perdana Menteri dan delegasi kerajaan bagi lawatan rasmi ke Singapura," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban) yang ingin mengetahui butiran lengkap termasuk senarai penumpang dan tujuan pesawat VIP milik kerajaan itu berlepas ke Padang pada 27 Ogos lalu.

Sementara itu, menerusi sidang media di lobi Parlimen, Loke mempersoalkan dan mendakwa kononnya Rosmah menggunakan pesawat rasmi kerajaan untuk tujuan peribadi.

Katanya, pada tarikh sama, Rosmah berada di Padang bagi menerima anugerah darjah tertinggi wanita suku Minangkabau.

Rosmah menerima 'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau.