Memaparkan catatan dengan label ppo ag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ppo ag. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Januari 2016

AG ~ Air Terus Meleleh..!


Butakan mata, pekakkan telinga, bungkamkan mulut..! Senang kerja..! Monyet pun reti buat rupanya..!

Apabila sesuatu persoalan dijawab tidak tuntas..! penuh dengan keraguan maka ianya akan terus mengundang persoalan demi persoalan..!

Akibatnya...air akan terus mengalir dan meleleh..!

Panel Penilaian Operasi (PPO) dan panel khas SPRM mahu Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi penjelasan kepada orang ramai mengapa beliau tidak memberi tekanan untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang juga jurucakap bagi panel khas itu berkata, ia membantu orang ramai untuk memahami sebab di sebalik keputusan Apandi.
"Kami rasa terdapat perkara tertentu mereka (orang awam) mahu tahu mengapa kes itu ditutup," kata Musa dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, yang juga penasihat SPRM menambah, perkara itu dapat membantu menghilangkan salah faham di kalangan orang ramai.
"Beliau (Apandi) berhutang penjelasan dengan orang ramai untuk menunjukkan bahawa keputusannya tidak arbitarary atau (dibuat) dengan niat jahat," kata Noor.
Sebelum itu, Musa berkata, panel terbabit menasihatkan badan anti rasuah itu supaya melibatkan diri dengan Apandi.
"Panel mengambil perhatian terhadap keputusan baru-baru ini oleh peguam negara berkaitan dengan RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd (kes RM42 juta) yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kedua-dua panel menasihatkan SPRM untuk melibatkan diri dengan peguam negara mengenai keputusan itu," kata beliau dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan selepas pertemuan selama hampir lima jam.
Menurut kenyataan yang disertakan, PPO terdiri daripada mereka yang dilantik perdana menteri untuk meneliti laporan daripada SPRM berhubung keputusan mengenai kertas siasatan yang dibuat AG dan mengemukakan pandangan mengenai tindakan ke atas kes-kes di mana tiada pendakwaan dilakukan.
Manakala panel bebas khas ini terdiri daripada lima ahli, yang merupakan anggota tiga daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.
Panel ini ditubuhkan atas syor jawatankuasa khas mengenai rasuah dipengerusikan oleh presiden Senat Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang.
Selasa lalu, Apandi membersihkan nama perdana menteri berhubung derma RM2.6 bilion yang diterimanya dan kes berkaitan RM42 juta SRC International Sdn Bhd serta mengarahkan SPRM menutup kes tersebut.
Ditambah lagi...
Tidak ada seorang peguam negara yang berani mendakwa seorang perdana menteri, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.
Bercakap secara umum, Mohd Noor yang juga seorang pakar perlembagaan, berkata ini kerana peguam negara yang mengerakkan sebarang tindakan ke atas perdana menteri pasi akan disingkirkan terlebih dahulu.
"Tidak ada peguam negara akan dakwa perdana menteri kerana beliau boleh bertindak balas dengan menasihati Agong untuk memecat peguam negara," kata Mohd Noor pada satu sidang media di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya hari ini.
Katanya, perlembagaan telah dipinda semasa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri dengan memastikan yang di-Pertuan Agong perlu mengikut nasihat perdana menteri.
Kenyataan Mohd Noor itu dibuat dua hari selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali selaku peguam negara mengumumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan didakwa berhubung siasatan kes SRC International dan isu ‘derma’ RM2.6 bilion.
Apandi berkata keputusannya tidak boleh dicabar kerana perlembagaan persekutuan memberikannya budi bicara mutlak berhubung keputusan untuk mendakwa.
Bagaimanapun, Mohd Nor yang juga adalah penasihat panel SPRM berkata secara peribadi beliau tidak bersetuju bahawa kuasa mendakwa peguam negara adalah mutlak.
"Sebagai AG kuasa anda tidak mutlak. Anda boleh membuat keputusan, tetapi anda perlu bertanggungjawab kepada orang ramai," katanya.
Bekas hakim itu berkata peguam negara juga boleh dibawa ke mahkamah jika beliau bertindak dengan niat jahat.
Bagaimanapun, Mohd Noor percaya Apandi tidak bertindak di luar batasannya dan yakin peguam negara telah mengkaji kertas siasatan SPRM dengan teliti.
Katanya, Apandi seharusnya membenarkan SPRM untuk meneruskan siasatan sehingga mereka benar-benar boleh menutup kes itu.
"Apabila beliau mengarahkan kes itu ditutup dan tidak diteruskan, peguam negara melampaui kuasanya sedikit," kata Mohd sambil menambah bahawa tugas peguam negara adalah untuk mendakwa dan bukannya menyiasat.
Nak empang macam mana lagi..! Empang dah lama pecah dah..!
Bangkai walau ditutup dengan sutera emas tetap berbau..!
Sebab tu monyet kat atas tak tutup hidung..! Kenapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!