
Menurut laporan sahabat chek di Gua Musang...Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang sedang menyediakan pelan tanah terkini di Jajahan tersebut terutama di dalam Dewan Undangan Negeri Galas bagi dipersembahkan kepada pihak berkuasa di Kota Bharu.
Pelan tersebut merangkumi status tanah milik persendirian serta milik kerajaan siap dengan status rezab hutan simpan (yang sebenarnya sudah terlalu banyak togel) di lojing hulu kelantan, rezab melayu, tanah pertanian dan perindustrian dan lain lain yang berkaitan.
Ini kerana pihak berkuasa di Kota Bharu akan secepat mungkin untuk menyediakan 'blueprint' bagi pembangunan terancang yang bakal dilaksanakan di DUN Galas seperti mana mafhum tok tok guru mereka yang akan membangunkan Tumpat dengan nilai 4 bilion tu...kah kah kah...cerita tok dalang...penyedap halwa telinga jer la orang Tumpat...
kesian.
Diberitakan puak PAS sedang bersiap untuk meranjau setiap ceruk didalam kawasan Pilihanraya bagi mengambil nama dan no kad pengenalan mereka dengan alasan bahawa kerajaan negeri dibawah pemerintahan ulamak dalam semak nik najis akan mengurniakan tanah bagi penduduk di DUN Galas. hahaha....taktik lama la weii!!!
Itu jentera PAS bab dunia ! yang jentera bab akhirat pulak tentu akan melelong agama dengan menjenamakan syurga itu dan ini bagi siapa jua yang akan memangkah calon PAS!!! Ini pun taktik lama la weii!!!
Kepada pendokong totok PAS yang jelas buta mata dan hati, taksub membabi buta pasti akan terus mengekalkan kepercayaan yang mereka imani selama ini...biarkan mereka! jentera UMNO/BN toksah nak buang masa dan tenaga nak merayu dan menasihati mereka menyembur nyembur air ludah agar mengikuti jalan benar disebelah kita...itu golongan yang jelas telah ditutup oleh Allah dari mendapat hidayah dan cahaya kebenaran.
Yang Jentera UMNO/BN perlu cari, kejar dan rayu ialah mereka yang telah 'berpaling' mengundi PAS serta mereka yang merosakkan undi mereka kerana tidak mahu mengundi sesiapa dan juga mereka yang tidak keluar mengundi kerana tidak mahu merosak kan kertas undi atau mengundi PAS...mereka inilah keutamaan kita...
Kita pula tak perlulah janji nak bagi peruntukan sekolah cina! sekolah tamil! sekolah kristian! sekolah orang asli! sekolah apa jualah atau komuniti mana pun dengan janji bulan dan bintang...kita hanya perlu berkata benar bahawa UMNO/BN akan membangunkan dan menyalurkan bantuan mengikut peruntukan yang telah tersedia di dalam bajet yang bakal dibentang 2 minggu lagi serta pembangunan dalam RMK10 yang telah diluluskan bulan Julai yang lalu...cukup!!!
Sudah tu bertawakal dan berdoalah agar diberikan taufik hidayah Allah kepada pengundi DUN Galas untuk memilih UMNO/BN serta kita semua berjaya mendapat kembali kerusi tradisi UMNO/BN selama ini...
Lu Fikir La Sendiri!!!